
Kenyataan Media Loh Ker Chean | 26 Jan 2026
Komposisi Baharu Biro Politik Mempercepat Reformasi Pentadbiran Negara
1. Selaku Naib Ketua Wanita KEADILAN, saya menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (25 Januari 2026) yang melantik beberapa tokoh berpengalaman dan kepimpinan baharu ke dalam Biro Politik serta Majlis Pimpinan Pusat parti.
2. Langkah ini dijangka memberi impak segera kepada tadbir urus kerajaan, dengan memperkukuh keselarasan antara hala tuju parti dan pelaksanaan dasar di peringkat pentadbiran.
3. Gabungan pengalaman dalam pengurusan ekonomi, sosial dan pentadbiran awam akan mempercepatkan pelaksanaan reformasi pentadbiran, meningkatkan keberkesanan penyampaian dasar serta memastikan agenda reformasi KEADILAN diterjemahkan secara lebih tersusun dan berkesan demi kepentingan rakyat.
4. Pelantikan ke Biro Politik ini juga mencerminkan komitmen KEADILAN sebagai sebuah parti reformasi yang sentiasa memberi ruang terbuka dan adil kepada muka baharu serta tokoh berkaliber untuk menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi memperkukuh perjuangan parti. Pendekatan inklusif ini bukan sahaja menyegarkan kepimpinan, malah memastikan KEADILAN kekal relevan, dinamik dan berpaksikan keupayaan sebenar, bukan semata-mata latar belakang politik.
5. Selain itu, pelantikan ini mencerminkan peneguhan prinsip meritokrasi dan kesiapsiagaan dasar KEADILAN, khususnya dalam mendepani cabaran pentadbiran negara yang semakin kompleks.
6. Penglibatan tokoh yang pernah dan sedang memikul amanah pentadbiran memberi nilai tambah kepada parti dalam merangka dasar yang praktikal, berteraskan realiti serta berpaksikan kepentingan rakyat.
7. Saya yakin langkah ini akan memperkukuh jentera kepimpinan parti, mempererat sinergi antara parti dan kerajaan, serta mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap KEADILAN sebagai wadah politik yang matang, terbuka dan bersedia memimpin Malaysia dengan lebih adil dan berintegriti.
LOH KER CHEAN
Naib Ketua Wanita KEADILAN