Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil maklum akan cadangan Projek Pembangunan Pinggiran Pantai Kuala Nerus (Kuala Nerus Sunrise City Project). Projek ini memerlukanpenambakan laut bagi membina kediaman, pusat komersil, perhotelan, dan perindustrian selain pusat rekriasi dan taman hiburan air.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara prinsipnya menentang sebarang projek pembangunan yang merosakkan alam sekitar walaupun ia memberi kebaikan dari segi ekonomi.
Kita sering mendengar alasan yang sering diberikan adalah demi ekonomi rakyat dan negeri bagi menghalalkan projek ini. Namun apa yang berlaku akhirnya projek seperti ini hanya menguntungkan golongan kapitalis dan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.
Selain kehilangan pendapatan bagi nelayan tempatan, kita juga kehilangan khazanah alam akibat pembangunan serta berdepan dengan pencemaran sisa buangan.
Monsun Timur Laut yang menyebabkan fenomena air pasang besar telah menghakis pantai dan perkara ini membelengu penduduk sekitar. Pembinaan projek mewah yang merosakkan
ekosistem pantai ini hanya memburukkan lagi keadaan.
Nampaknya kerajaan PAS Terengganu masih tidak serik lagi dengan kesan buruk akibat daripada projek penambakan pantai laut terhadap kehidupan manusia dan juga alam sekitar.
Jika di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah membatalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang. Namun sehingga ke hari ini pemimpin PAS masih meratib isu sama danberlagak seperti wira.
Namun amat pelik mengapa isu tambak laut Pulau Pinang sahaja yang dipersoal? Adakah kerana negeri berkenaan ditadbir oleh DAP?
Bagaimana pula negeri yang ditadbir PAS seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan yang sering ditimpa musibah banjir lumpur akibat kerja pembalakan? Pemimpin PAS usahberlagak seperti juara isu tambak laut jika kerajaan negeri yang ditadbir PAS melakukanperkara sama. Jika benar PAS kekal dengan prinsip ini saya menunggu pemimpin PAS untukbersuara terhadap kerajaan negeri untuk tidak meneruskan projek ini。
WAN MUHAMAD HAIKAL WAN GHAZALI
Timbalan Ketua
AMK Terengganu