1. “Isu 1MDB : Dari 2011 Lagi PH Dah Cakap”.
2. Itu respon kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO semalam yang memperkecilkan usaha penghapusan hutang PTPTN sebelum tahun 2013 dan ke arah merealisasikan pendidikan percuma.
3. Sememangnya Kerajaan Persekutuan sekitar tahun 2013 mempunyai keupayaan untuk menghapuskan hutang PTPTN yang hanya berjumlah RM20 bilion dan ini tidak boleh dilakukan lagi khususnya selepas tahun 2018 apabila jumlah hutang sudah mencecah lebih RM40 bilion dan terkini mencecah RM66.87.
4. Ini diterangkan sendiri oleh Sdr. Rafizi Ramli dalam kempen PRU15 bahawa Kerajaan Persekutuan berupaya menghapuskan hutang PTPTN khususnya sebelum tahun 2013 melalui kaedah ‘refinance’ tetapi tidak selepas lewat daripada beberapa tahun selepas itu kerana kenaikan hutang PTPTN yang naik secara mendadak.
5. Ini juga menjadi sebab mengapa hasrat melaksanakan pendidikan percuma tidak lagi dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 dan PRU15.
6. Perlu diingatkan juga Rakyat terpaksa membayar hutang 1MDB sebanyak RM 39.74 bilion walaupun selepas penyelesaian aset (asset recovery) dan inilah yang dibelanjakan dalam kedua-dua perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan tahunan.
7. Alangkah baik sekiranya perbelanjaan puluhan bilion ringgit yang terpaksa digunakan untuk membayar hutang 1MDB digunakan untuk tujuan meringankan beban pendidikan anak-anak muda dengan memperluas skop pengecualian pembayaran sekalipun kini sudah terlambat untuk menghapuskan PTPTN.
8. Walau bagaimanapun “apa boleh buat, layan je lah.”
Haziq Azfar
Pengarah Komunikasi AMK Malaysia