Carian
June 5, 2021

Ucapan Dasar Kongres Nasional Tahunan AMK 2020

YB AKMAL NASRULLAH BIN MOHD NASIR
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA
MENDUKUNG PRINSIP, MEMPERTAHAN DEMOKRASI

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam reformasi.
ٱلْحَمْدُ ِ َّ #ِ ٱلَّ ذِى ھَدَٮٰناَ لھَِٰذَا وَمَا كُنَّ ا لنِھَْتدَِىَ لوَْلَآ اَنْ ھَدَٮٰناَ ٱ َّ #ُ 1.
Alhamdulillahilladzi Hadana Lihadza Wama Kunna Linahtadiya Laula An Hadanallah
• “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami kepada (kebaikan) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami
petunjuk.” - Surah Al-A’raf : 43

Yang dihormati Saudara Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, rakan-rakan Majlis Pimpinan AMK, Ketuaketua AMK Negeri dan barisan kepimpinan, Ketua-ketua AMK Cabang dan kepimpinan, serta semua perwakilan dan pemerhati sekalian.

Kita juga mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato’ Seri
Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan KEADILAN serta YB Dato’ Abdullah Sani.

Alhamdulillah, kita zahirkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Nya jua kita dapat berhimpun secara webinar bagi melaksanakan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi tahun 2020.

Tidak terlewat untuk saya mewakili saf AMK Malaysia mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua, maaf zahir dan batin.

Tahniah kepada semua pimpinan AMK di seluruh negara yang telah selamat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang baru-baru ini walaupun dalam
segala keterbatasan yang ada.

Selamat datang dan terima kasih kepada para Perwakilan dan Pemerhati AMK, rakan-rakan media, mereka yang mengikuti secara Live di Facebook, ke Kongres Nasional
AMK 2020 bertemakan “Mendukung Prinsip, Mempertahan Demokrasi.”

Sudah tentu perjumpaan secara fizikal orang kata “lebih memberi kepuasan” kerana dapat beramah mesra dengan perwakilan, bertegur sapa dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota, namun demi memenuhi tuntutan dalam perlembagaan parB, kita turuB juga nasihat daripada Jabatan Penda_aran Pertubuhan (ROS) serta garis panduan SOP untuk diadakan sepenuhnya secara maya.

Walau bagaimanapun, ia tidak sedikit pun mengurangkan komitmen Sekretariat Kongres Nasional AMK yang diketuai oleh Saudara Syukri Razab dalam memberikan khidmat terbaik serta bertungkus lumus bagi menjayakan Kongres Nasional AMK kali ini, TERIMA KASIH dan TAHNIAH saya ucapkan.

Sidang perwakilan dan pemerhati,

Setiap perjuangan Bdak pernah lari daripada ujian, cabaran dan pengorbanan. Maka yang penting daripada itu adalah sejauh mana kita mampu untuk memahami, menghayati dan menghadami prinsip perjuangan yang sering kita laungkan.

Bertepatan dengan itu, tema kongres AMK kali ini adalah “Mendukung Prinsip, Mempertahan Demokrasi”, sesuai dengan cita-cita kita semua yang ingin melihat suatu reformasi tuntas kepada negara.

Sebelum ini ketika selepas PRU-14, kita telah diuji dengan kemenangan, ada juga yang kecundang dikaburi kuasa dan harta hingga lupa jerih perih perjuangan yang telah dilalui.

Ujian itu Bdak akan pernah terhenti, kini kita diuji pula dengan pengkhianatan yang telah meruntuhkan kerajaan melalui cara yang Bdak demokratik (Langkah Sheraton), sekaligus menghina keputusan yang telah rakyat lakukan sewaktu PRU-14.

Hari ini kita dapat lihat sendiri bagaimana kerajaan yang dibina di atas dasar pengkhianatan, kini semakin angkuh dan sombong, yang ternyata membelakangi keperluan dan kehendak rakyat.

Sebagai peringatan dan keinsafan, wajarlah kita mengambil pengajaran daripada firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat ke 26 yang bermaksud:

Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan-Nya lah segala yang baik.

Sidang Perwakilan sekalian,

Ketika mana kenalan-kenalan kita sebelum ini telahpun hanyut dan gugur, saya hormat dan “salute” kepada anggota akar umbi KEADILAN yang langsung tidak berganjak, setia, tidak luntur semangat demi memastikan perjuangan reformasi ini dijulang panjinya.

Sebagai sebuah parti yang lahir dengan menyelami penderitaan rakyat, bangkit melawan kezaliman; KEADILAN perlu kekal konsisten dengan prinsip perjuangan serta cekal mengangkat dan memartabatkan isu-isu rakyat.

Secara dasarnya, AMK kemukakan 3 keutamaan bagi mendepani suasana yang sangat mencabar iaitu:-
i.Pengurusan pandemik Covid-19
ii.Cabaran rakyat terutamanya kalangan anak muda
iii.Langkah kehadapan “Moving Forward”

Kegagalan PN Menguruskan Pandemik Covid-19

Rakan-rakan perwakilan dan pemerhaB sekalian,

Kegagalan menguruskan Pandemik Covid-19 telah membuka pekung banyak kelemahan kerajaan Perikatan Nasional.

Hari ini negara bukan sahaja berhadapan dengan krisis kesihatan, tetapi juga pelbagai krisis yang meruncingkan; krisis ekonomi, demokrasi, kepimpinan, pendidikan, keselamatan dan pelbagai lagi.

Krisis-krisis ini apabila gagal diurus dengan baik, akan meletakkan Malaysia dalam situasi keBdak tentuan yang berpanjangan.

Persoalannya, adakah Malaysia berada pada landasan pemulihan yang tepat daripada pandemik Covid-19?

Ini telah menjadi keluhan dan kritikan terbuka di kalangan masyarakat berkenaan sejauh mana kemampuan kerajaan membawa negara keluar daripada situasi mendesak hari
ini.

Rakyat menaruh harapan apabila diperintahkan untuk mengawal pergerakan, diikuti dengan pelbagai SOP, dikuatkuasa pula perintah darurat, janji pemberian vaksin 150,000 sehari, dengan anggapan apabila memenuhi segala permintaan, akhirnya nanB akan memberi kelegaan dan mampu membebaskan negara daripada pandemik Covid-19.

Malangnya, perjuangan barisan hadapan frontliners serta pengorbanan rakyat digadaikan sendiri oleh Perikatan Nasional yang mengamalkan sikap dua darjat, SOP yang tunggang langgang, cakap tak serupa bikin, flip flop dan Uturn; malah Menteri-menteri seolah-olah mula memperli dan memperlekehkan antara satu sama lain.

Walaupun kita pernah mencapai sifar kes pada Julai 2020, tetapi akibat kerakusan PN ingin merampas Sabah, telah menyaksikan peningkatan kes positif Covid-19 yang mencetus gelombang jangkitan seperB mana yang disahkan oleh kajian yang diterbitkan di jurnal PLOS ComputaBonal Biology.

Apa yang kita perlukan sekarang ini adalah pemberian vaksin dengan segera!

Kemarahan rakyat semakin jelas apabila program vaksinasi yang amat perlahan, seolah-olah penuh muslihat apabila Bada ketelusan dan akauntabiliti; tiada butiran terperinci setiap perbelanjaan, temujanji vaksin diubah sesuka hati.

Ini bukan cara menguruskan pandemik berasaskan data dan sains, tetapi disebalik sistem yang huru-hara jelas terbukti ketidak cekapan dan tidak kompeten dalam membuat keputusan.

Tidak hairanlah apabila rakyat mula bangkit bersuara, menegur, membantah dan tidak kurang juga marah terhadap Kerajaan Perikatan Nasional secara terangterangan hingga hashtag Kerajaan Gagal sudah menjadi kempen terbuka besar-besaran rakyat Malaysia.

Suara rakyat tidak sekadar terhenB di media sosial. Kita dapat lihat bantahan dan tunjuk rasa anak-anak muda mula merebak di serata tempat termasuklah di Parit Raja,
Batu Pahat Johor yang dikejutkan dengan sepanduk #KerajaanGagal oleh sekumpulan anak muda pada malam raya.

Pandemik Covid-19 Jangan Jadikan Alasan

Rakan-rakan sekalian,

Cabaran yang dihadapi negara begitu luar biasa, bukan sahaja bebanan menguruskan Pandemik Covid-19, tetapi usaha reformasi insBtusi dan pendekatan sebelum ini yang tertangguh akibat sabotaj serta pembelotan hingga tertubuhnya kerajaan tebuk atap, telah memberikan suatu kelelahan poliBk (political fatigue) kepada rakyat.

Maka AMK perlu sentiasa bersedia dan peka terhadap bebanan dan kesengsaraan rakyat, kerana inilah juga menjadi asas perjuangan dan asbab mengapa KEADILAN
kekal relevan sehingga hari ini.

Jiwa KEADILAN itu perlu senBasa bersama rakyat, bicara KEADILAN mestilah bicara rakyat.

Dari situlah baru kita boleh menyelami dan memahami rinBhan pesawah di Sungai Petani, kepenatan Pemandu ehailing di Samarahan, rungutan penjaja kecil di Machang mahupun keluhan nelayan di Mersing.

Namun apabila bicara rakyat mula diabaikan oleh pemerintah, apabila demokrasi berparlimen dilumpuhkan, apabila ketidakadilan dirasai, apabila terdapat kelompok masyarakat yang dipinggirkan, rakyat pasti bangkit.

Tidak mungkin kita boleh membiarkan negara mempunyai 2 set undang-undang seperB dalam penguatkuasaan SOP, 1 untuk golongan kayangan, 1 lagi untuk rakyat marhaen.

Ini yang menjurus kepada kegagalan dalam pelaksanaan PKP kebelakangan ini apabila Kerajaan Perikatan Nasional lebih memikirkan tauke-tauke besar berbanding peniaga peniaga kecil, pekerja menengah dan bawahan, orang biasa.

Maka terhasil lah PKP ataupun lockdown separuh masak yang sebenarnya berpunca daripada kepimpinan lemah mengetuai kerajaan hari ini.

Rakyat boleh melihat betapa longlainya kerajaan Perikatan Nasional ini yang begitu terdesak untuk memberikan gambaran baik, dengan menguar-uarkan kononnya pakej ransangan ekonomi yang terbaru iaitu Pemerkasa Plus kononnya bernilai RM 40 bilion, tetapi hakikatnya kerajaan hanya belanjakan RM 5 bilion sahaja.

Ini jauh dari apa yang kita unjurkan untuk menampung PKP kali ini iaitu sekurang-kurangnya RM 45 bilion.

Maka tidak hairan, kerajaan Perikatan Nasional ini sedang bergelumang dengan krisis kepimpinan apabila masingmasing ada cita-cita sendiri dan hanya memikirkan untuk menyelamatkan survival poliBk masing-masing sahaja.

Ekonomi Negara Yang Semakin Meruncing

Saudara-saudari,

Lantaran kegagalan Perikatan Nasional dalam menguruskan krisis COVID-19, negara kini terheret ke arah krisis ekonomi yang kian meruncing.

Walaupun beberapa kali cuba dinafikan oleh kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, namun ianya masih tidak dapat menyangkal realiti sebenar apa yang berlaku.

Apabila sudah tidak dapat disorokkan lagi, maka mulalah unjuran-unjuran luar biasa dipaparkan kepada rakyat.

Saya ambil contoh berkenaan angka yang dicatat melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Benar, KDNK bukanlah satu-satunya tanda aras menggambarkan keadaan ekonomi negara. Tetapi kita boleh lihat bagaimana kerajaan meletakkan suatu unjuran ekonomi yang Bdak munasabah demi memberikan perspektif positif kepada kerajaan.

Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dibentang Menteri Kewangan mengunjurkan KDNK bagi tahun 2020 menyusut -4.5 peratus. Ini berbeza dengan hakikat yang sebenar iaitu ekonomi menguncup sebanyak -5.6 peratus bagi tahun 2020, penyusutan kedua terbesar sejak krisis kewangan asia tahun 1998, yang hampir selari dengan unjuran Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) menyasarkan penguncupan yang lebih besar sekitar -5.7 peratus.

Kini dengan keadaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Malaysia merosot teruk, penurunan penarafan kewangan oleh Fitch Rating untuk Malaysia, peningkatan hutang negara yang ketara ditambah dengan kegagalan kerajaan mengekang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan, pasBnya Bdak masuk akal lonjakan luar biasa KDNK tahun 2021 kepada 6.5% - 7.5% seperti yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2021.

Tidak hairanlah berdasarkan unjuran songsang ini, dasardasar ekonomi PN yang diumumkan jauh daripada mengatasi masalah sebenar; lockdown serupa bukan lockdown, moratorium serupa Bada moratorium.

Janganlah asyik hendak cuba memperbodoh dan menipu rakyat dengan data dan unjuran Bdak masuk akal sebegini, kerana yang suka ‘troll’ kamu adalah dikalangan kamu
sendiri.

Kita tidak mahu data-data ini diselewengkan demi mengkaburkan imej dan perilaku PN, yang sudah Bdak dapat disorokkan lagi kepincangannya.

PN Kelirukan Data Bukan Satu Penyelesaian

Para Perwakilan dan hadirin sekalian,

Malaysia berdepan dengan kemerosotan ketara dalam pelaburan seperB mana yang dilaporkan melalui Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) bagi tahun 2020, yang menunjukkan penurunan sebanyak 68 peratus.

Kini sudahlah kita gagal tarik pelaburan baru, syarikat yang sedia ada melabur di Malaysia juga kita gagal kekalkan dan Malaysia sedang berdepan dengan risiko pelabur-pelabur “angkat kaki” untuk memilih desBnasi pelaburan ke negara-negara jiran seperB Indonesia dan Vietnam.

Jika ‘trend’ ini berterusan, tentunya kesan lanjutan nanti akan menjerumuskan Malaysia kepada kemuncupan ekonomi, peningkatkan pengangguran serta under- employment, inflasi dan sebagainya.

Tetapi mungkin ada yang kata, “ohhh biasa la, kan COVID, bukan Malaysia je ekonomi teruk, negara lain pun sama”.

Jika itu dijadikan hujah, bagaimana negara jiran seperti Indonesia yang masih mampu menarik pelaburan daripada syarikat teknologi gergasi dunia, AMAZON dengan anggaran pelaburan kira-kira USD 2.8 bilion? Tesla? serta syarikat yang pernah melabur di Malaysia seperB Hyundai dan Toyota?

Ekonomi mestilah berpaksi kepada ekonomi manusiawi, adil kepada semua dan telus. Usahlah diheret negara ke lembah kebinasaan demi pertahankan kuasa.

Sedarlah Kerajaan Perikatan Nasional, kita hanya meminjam hari ini daripada generasi muda, anak cucu kita, yang digelapkan masa depan dengan kerakusan kamu
hari ini.

Cabaran Anak Muda

Sidang perwakilan, pemerhati dan mereka yang sedang menyaksikan Kongres Nasional AMK kali ini,

Anak muda memainkan peranan penBng dalam membina sesebuah negara bangsa. Sejauh mana negara mampu dipacu juga akan diukur pada tahap kesediaan anak muda berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Sudah pasti cabaran terbesar adalah tidak terbatas hanya kepada ekonomi tetapi juga yang berkait dengan kelansungan kehidupan dan masa depan.

Mendepani isu pengangguran yang terBnggi di kalangan anak muda, peluang pekerjaan terhad dan dilema gaji rendah; kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih drastik bagi mengekalkan pekerjaan sedia ada serta bantuan perniagaan kepada usahawan termasuklah insentif khas bagi mendepani COVID-19.

Maka AMK sarankan agar moratorium tanpa caj faedah kepada peniaga-peniaga kecil sekurang-kurangnya untuk tempoh lima bulan, kembalikan subsidi upah, perkenalkan kemudahan pinjaman modal serta bantuan 30%-50% dari jumlah sewaan tapak perniagaan (kebanyakan pemilik Bdak memberi diskaun alasan kerana Bada moratorium otomatik).

Ini penting untuk menjamin pendapatan buat anak muda dan seterusnya mencari kaedah “create the job”. Di kalangan AMK juga ramai yang menceburi perniagaan sendiri untuk menampung kehidupan.

Sekiranya anak muda terperangkap dalam belenggu permasalahan pada fasa ini tanpa bantuan secukupnya, ia akan memberikan beban berganda kepada anak muda untuk survive.

Beban Komitmen dan Perbelanjaan

Sidang Kongres AMK,
Selain daripada sudut pendapatan, bagi meningkatkan ekonomi anak muda, kita seharusnya memberi tumpuan terhadap perkara-perkara yang terkait secara langsung kepada tanggungan dan komitmen kewangan.

Sebagai contoh adalah bebanan yang dihadapi oleh sebahagian pembeli rumah Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA). Ramai yang terpedaya kerana ingatkan projek yang didokongi oleh kerajaan Bdak akan menghadapi masalah. Sebaliknya, ada projek-projek PR1MA terbengkalai dan sakit yang menyebabkan mereka terpaksa mula membayar bank dalam keadaan rumah yang bertahun- tahun tidak siap.

Tarikh siap (yang masih tak siap-siap) ditukar sesuka hati, dan ada pembeli mengadu berjumpa YB Menteri pon hanya buat sakit hati.

Bukan apa, satu-satunya Menteri yang memegang poroolio sama iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sudah 3 tahun tetapi dilihat Bdak berupaya menyelesaikan isu rumah mampu milik.

AMK terkesan dengan keluhan dan rinBhan mereka yang sangat mengharapkan agar ada pihak yang berani tampil membela dan mempertahankan hak mereka.

Saya sendiri telah turun ke tapak-tapak projek perumahan PR1MA untuk berjumpa dengan para pembeli seperti di PR1MA Tebrau, PR1MA Melaka Tengah 2 dan PR1MA Port Dickson.

Manakala Akta 829 iaitu Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 yang digunapakai YB Menteri dilihat lebih memihak kepada pemaju sedangkan pembeli rumah tidak mendapat perlindungan sewajarnya.

Setelah siri pendedahan oleh AMK, ramai pembeli rumah PR1MA di negeri-negeri lain turut menghubungi saya untuk mendapatkan pembelaan.

InsyaAllah selepas boleh merentas negeri nanti, saya akan bersama dengan AMK-AMK negeri untuk bertemu dengan para pembeli rumah PR1MA, kita akan pusing satu negara
untuk dedahkan projek-projek Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang sakit dan bermasalah ini.

Keciciran Generasi (Lost Generation)

Rakan-rakan sekalian,

Cabaran terbesar anak muda bahkan juga kepada negara terutamanya dalam konteks hari ini dan masa depan kita adalah soal pendidikan.

Apa yang lebih membimbangkan kini adalah hal berkaitan keciciran generasi atau lost genera9on yang hingga kini Bdak kedengaran disentuh secara serius oleh Menteri bertanggungjawab.

Lost generaBon ini bukan isu picisan yang boleh diselesaikan dengan buka sekolah atau tutup sekolah seperti memetik suis lampu, tapi ini berpotensi menjadi bom jangka yang meletakkan Malaysia keBnggalan beberapa tahun kebelakang.

Saya ambil contoh sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang sudah lebih 1 tahun berjalan secara atas talian. Rata- rata pihak mengakui PdPR Bdak memberi impak yang besar kepada pemahaman pelajar.

Pendekatan yang digunapakai selepas sesi pembelajaran lebih kepada memberikan soalan atau laBhan yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Adakah interaksi atas talian dapat memenuhi kaedah tradisi ini? Sudah tentu jauh kurang berkesan berbanding sesi di sekolah. Namun Bdak boleh disalahkan guru, mereka hanya melaksanakan arahan.
Malah saya difahamkan guru-guru diminta menghantar laporan ke pihak jabatan saban hari, sejak dari PDPR1.0, apakah yang berlaku kepada data tersebut?

Maka apa penyelesaian daripada Menteri selepas setahun PdPR berjalan? Masih tiada beza.

Menteri juga sepatutnya mempertimbangkan cadangan AMK agar task force rentas parti yang turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang sehingga hari ini masih belum terjadi.

Itu belum ditanya tentang inisiatif 150,000 komputer riba yang diumumkan dalam belanjawan 2021, hingga sekarang tidak diselesaikan. Kenyataan terbaru kata akan selesai diagihkan pada September 2021.

Jadi bagaimana pelajar yang berdepan dengan masalah sekarang dan bergelut untuk belajar? Ini semua akan memberikan kesan dalam konteks lost generation, yang turut melipuB soal pendidikan Bnggi.

Langkah kehadapan (Moving Forward)

Sidang perwakilan dan pemerhati,
Dengan siri kegagalan Perikatan Nasional menguruskan negara, AMK perlu mengisi ruang berada dalam masyarakat dan menggerakkan pelbagai inisiatif.

Kita tidak boleh sekadar menjadi tukang kata atau juru bicara sahaja. Rakyat ingin melihat ahli politik yang “walk the talk”, bukan sekadar pandai sembang.

Selain mengetengahkan isu-isu rakyat dan soal dasar, saya ucapkan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anggota AMK dari segenap peringkat yang terus bekerja untuk rakyat dan sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan.

Di utara sebagai contoh, Saudara Firdaus selaku Ketua AMK Kedah bersama anggota AMK lain telah menggerakkan 'Kempen Bantu Penoreh Getah Di Kedah' diikuti dengan Jelajah AMK Negeri bagi membantu penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga getah tahun lalu serta menyantuni keluarga-keluarga yang memerlukan.

Begitu juga Saudara Mustaqim, AMK Pahang yang segera menggerakkan usaha membantu mangsa banjir di Pahang awal tahun ini; serta pelbagai inisiatif lain yang diusahakan oleh AMK-AMK Negeri dan Cabang yang aktif bekerja membantu rakyat.

Rakyat memerhati dan dengan pendekatan konsisten ini, banyak pihak bersedia untuk menghulurkan sumbangan dan sokongan.

Di Johor Bahru sendiri, Keadilan Johor Bahru telah menggerakkan inisiaBf #FoodbankJB bagi membantu mereka yang memerlukan serta menyelamatkan lebihan makanan yang masih elok.

Sehingga hari ini, kami sentiasa menerima sumbangan daripada pelbagai pihak dan juga kongsikan dengan AMK AMK berdekatan seperti Sembrong, Simpang Renggam,
Kota Tinggi dan Tenggara. Insyallah inisiatif #FoodbankJB akan diperluaskan dengan usahasama AMK-AMK lain.

Cakna PoliRk

Saudara-saudari sekalian,

Keterlibatan AMK di dalam masyarakat sedikit sebanyak akan membuka mata anak muda untuk lebih cakna dengan politik dan apa yang berlaku kepada negara.

Kita berdepan dengan era #KerajaanGagal.

Kerap keluar di dada akhbar tentang jenayah gangguan seksual. Akta Gangguan Seksual yang patut dibentangkan pada Mac 2020, tapi kini senyap tiada khabar berita sedangkan ini.

Begitu juga UNDI18 yang sepatutnya dikuatkuasakan pada Julai 2021 setelah dipersetujui dua perBga majoriB di Parlimen pada Julai 2019, namun kerajaan masih berdolak dalik sedangkan ini adalah hak orang muda.

Kita juga peka dengan kebajikan serta pembelaan buat atlet-atlet negara termasuk mereka yang pernah mengharumkan nama negara seperti yang dibangkitkan dalam sidang Parlimen tahun lalu.

Hari ini, Parlimen yang tidak dibenarkan bersidang bukan hanya memudaratkan demokrasi, membantutkan suara rakyat, tetapi juga merosakkan proses semak dan imbang yang membuka kepada ruang kepada keBrisan, rasuah dan salah guna kuasa.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Cakna poliBk bukan hanya soal kepartian, ia turut melibatkan hal kemanusiaan seperti isu Palestin.

AMK Malaysia memberikan sokongan penuh terhadap pembebasan bumi Palestin daripada pencerobohan, kekejaman, penindasan dan kebiadapan Israel.

Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang bersuara di media sosial memberi kesedaran kepada masyarakat dunia serta mengecam Israel hingga ramai penyokong mereka “koyak”.

Solidariti menolak kekejaman dan penindasan masyarakat antarabangsa juga saya zahirkan dengan sokongan kepada etnik Rohingya di Myanmar, etnik Tamil di Sri Lanka dan ramai lagi mangsa kekejaman di seluruh dunia.

Namun dalam kita bicara tentang sokongan kepada Palestin, bagaimana kerajaan yang kononnya “MelayuIslam” ini boleh membenarkan pesawat yang ada kaitan dengan Israel melalui ruang udara kita?

AMK menuntut Kerajaan Perikatan Nasional memohon maaf secara terbuka kepada Palestin dan rakyat Malaysia di atas perbuatan itu.

Secara Bdak langsung, maka terserlah bahawa tagline Kerajaan Melayu-Islam yang cuba didoktrinkan dalam pemikiran rakyat tiBdak lebih dari sekadar propaganda.

Perikatan Nasional yang melibatkan PPBM, UMNO dan PAS juga perlu bertanggungjawab dalam menyemarakkan senBmen agama dan kaum yang menimbulkan ketegangan dalam masyarakat sebelum ini.

Isu Allahyarham Adib, isu pemandu mabuk, BMF, Tabung Haji dan banyak lagi masih gagal diselesaikan walaupun sudah lebih 1 tahun Perikatan Nasional memerintah.
Insyallah KEADILAN akan konsisten sebagai parti berbilang bangsa dan menjunjung Perlembagaan negara.
Kelansungan Pelapis Anak Muda

Sidang perwakilan dan pembahas,
Bagi meneruskan kelangsungan perjuangan ini, anak-anak muda yang berpotensi perlu segera dikedepankan terutama dalam menghadapi PRU-15 nanti.

Ini perlu diambil serius oleh kepimpinan parti terutama sekali untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi yang dikhianati dan menawan kerusi yang belum dimenangi.

Pemilihan calon perlulah lebih ketat, individu yang diragui kesetiaan kepada perjuangan reformasi ini perlulah ditolak sama sekali, kita Bdak mahu pisang berbuah dua kali.

Dalam konteks Pakatan Harapan, saya mewakili teman teman Angkatan Muda Keadilan Malaysia juga ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada sahabat kita dari DAP dan AMANAH yang memberikan sokongan penuh untuk mengangkat Saudara Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kita.

Cakap-cakap yang ingin cadangkan individu lain Bdak lebih dari sekadar nak memecah belahkan koalisi ini.

Kerjasama dengan PPBM telah memberikan kita 1001 pengajaran, Bndakan mencurigakan umpama “sebelah tangan bersalam dan sebelah tangan lagi memegang pisau” mesBlah dijauhkan.

Bagi mengembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat, AMK Malaysia ingin mengusulkan agar bendera Keadilan menjadi logo mewakili Pakatan Harapan mendepani Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Penutup

Akhir kata, sebagai sebuah parti yang kalis masa depan dan yang mencerminkan kemajmukan rakyat Malaysia, KEADILAN sudah bergerak jauh ke hadapan dan semakin
diterima.

Kekuatan kita adalah pada iltizam yang utuh mengangkat agenda reformasi sebagai suatu kerangka besar negara yang perlu kita sama-sama realisasikan. Prinsip reformasi dan keadilan ini perlu sentiasa kita dukung, dan demokrasi mestilah kita pertahankan.

Kita doakan kejayaan dan kelancaran Kongres Nasional Tahunan AMK 2020. Selamat berbahas, semoga perwakilan, pemerhati serta rakyat yang mengikuti perjalanan Kongres dapat memanfaatkan sepenuhnya.

Moga ianya dapat mengembleng seluruh kekuatan kita, meletakkan kita teguh di atas jalan reformasi dan menjadi pemangkin untuk kita mengemudi kepimpinan negara.
Sekian, wassalam.

——————————

Related Posts
crossmenuchevron-up