Carian
August 9, 2021

AMK Perak Sokong Kawal Harga Siling Kit Ujian Kendiri Covid-19, Percuma Kepada B40

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyokong saranan untuk menetapkan harga siling kit ujian kendiri Covid-19 (Covid-19 self-test kit).

Dalam situasi kejatuhan ekonomi di musim pandemik ini semua pihak terkesan dari segi pendapatan samada pekerja mahupun peniaga.

Dalam kerisauan akan jangkitan wabak Covid-19, setiap keluarga inginkan kit ujian kendiri Covid-19 di rumah masing-masing. Namun tidak semua mampu memiliki kit ujian berkenaan dengan harga yang tinggi.

Ketika ini kerajaan menetapkan harga siling untuk ujian RT-PCR berharga RM150 dan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) pada harga RM60 dengan ketetapan itu sudah diwartakan dalam Ordinan Darurat 11 Mei lalu.

Kami telah meneliti harga kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran dan antara yang mampu milik berharga Rm39.90. Namun dengan harga tersebut tidak semua mampu memiliki terutama golongan B40 dan mereka yang mempunyai keluarga besar.

Oleh itu AMK menyokong permintaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dikemukakan Ahli Jawatankuasa PAC, YB Nurul Izzah Anwar agar kit berkenaan diberikan
percuma kepada golongan B40.

Kit ujian kendiri Covid-19 perlu dimiliki setiap keluarga bagi memudahkan pemeriksaan samada diri dijangkiti wabak berkenaan atau tidak samada untuk mereka yang mengalami gejala wabak Covid-19 mahupun menjadi kontak rapat.
AMIR SABRI
Ketua AMK Perak

Related Posts
crossmenuchevron-up