
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bersama gabungan NGO, gerakan anak muda, dan masyarakat sivil Malaysia hari ini menyerahkan memorandum rasmi kepada Kedutaan Besar Amerika Syarikat.
Memorandum ini menuntut pertanggungjawaban segera Amerika Syarikat atas tindakan rejim Israel yang secara haram memintas serta menahan konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, termasuk aktivis antarabangsa dan sukarelawan Malaysia yang membawa bantuan penting ke Gaza.
Antara tuntutan utama yang dikemukakan:
1) Pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan tanpa syarat.
2) Penghentian sokongan membuta tuli Amerika Syarikat terhadap Israel – dari aspek politik, kewangan dan ketenteraan.
3) Menegakkan undang-undang antarabangsa melalui ICJ & ICC.
4) Pemulihan hak rakyat Palestin – termasuk menamatkan sekatan Gaza serta penjajahan tanah.
AMK menegaskan bahawa suara solidariti rakyat Malaysia tidak akan pernah terhenti selagi rakyat Palestin terus ditindas.
Hentikan kezaliman. Bebaskan aktivis flotilla. Pulihkan maruah Palestin.
Angkatan Muda KEADILAN