Carian
November 25, 2024

Kerjasama PH-BN Untuk Kemenangan Bersama PRU16

Merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penting untuk diingatkan bahawa kesepakatan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah asas kepada kejayaan Kerajaan Perpaduan yang sedang dibina bersama.

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), fokus utama seharusnya tertumpu kepada mengukuhkan gabungan ini dan memastikan ia kekal utuh demi kepentingan rakyat.

Pembahagian kerusi perlu dilakukan dengan strategi yang berhemah, mengambil kira kekuatan dan pengaruh masing-masing di kawasan tertentu. UMNO dan BN misalnya, memiliki peranan penting untuk terus memperkukuhkan sokongan di kawasan majoriti Melayu, sebagaimana yang dibuktikan melalui keputusan di DUN Nenggiri dan DUN Mahkota. Sementara itu, PH komited memastikan kemenangan di Wilayah Persekutuan dan kawasan lain di mana sokongan pengundi kepada PH masih kukuh.

Dalam perbincangan soal kerusi, keutamaan adalah memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada pentadbiran yang stabil dan cekap. Perebutan dalaman hanya akan memberi kesan negatif kepada kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. Adalah penting untuk setiap parti dalam gabungan ini mengutamakan kebajikan rakyat, dengan memberikan tumpuan kepada isu-isu utama seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, dan kestabilan ekonomi.

Gabungan ini juga perlu terus memperkukuhkan sokongan akar umbi, terutamanya di kalangan pengundi muda yang merupakan elemen penting dalam menentukan keputusan PRU16. PH dan BN bersama-sama harus menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan mampu membawa perubahan positif dan memperbaiki keadaan negara.

Justeru, kesepakatan dan kerjasama strategik adalah kunci kejayaan gabungan ini, bukan sahaja dalam pilihan raya, tetapi juga dalam memastikan Malaysia terus bergerak maju.

ARSHAD HASSNI

EXCO AMK Malaysia

Ketua AMK Segambut

Related Posts
crossmenuchevron-up