May 19, 2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ€πŒπˆπ‹ πŒπ”ππˆπŒ πŠπ„π“π”π€ π€πŒπŠ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Saya telah menerima Letter of Demand (LOD) daripada Saudara Amir Hadi mewakili Mandiri yang diserahkan melalui Tetuan Daim & Gamany.

Dari sini dan seterusnya, jika mahkamah dipilih sebagai ruang untuk mencari kebenaran dan memperjelaskan perkara yang dipertikaikan, maka saya hormati proses tersebut.

Saya kekal menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukanlah satu bentuk tekanan politik atau serangan terhadap kumpulan masyarakat sivil. Saya mengiktiraf peranan masyarakat sivil sebagai rakan penting dalam pembangunan negara dan pengukuhan demokrasi.

Apa yang dibangkitkan adalah tanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan khusus berkaitan penyelewengan yang telah tersebar kepada umum.

Sepanjang ini juga, kami sering diserang dan digambarkan seolah-olah sebuah rejim yang zalim serta menindas. Namun hakikatnya, ruang untuk Mandiri dan pelbagai organisasi masyarakat sivil terus bersuara, mengkritik malah menyerang samada pemimpin mahupun institusi negara tetap terbuka dan tidak pernah dihalang bahkan jauh lebih baik daripada regim pemerintah sebelum ini.

Saya percaya perkara ini sebenarnya boleh sahaja diperjelaskan melalui penjelasan balas kepada dakwaan yang berlegar. Namun jika tindakan mahkamah menjadi pilihan untuk menyelesaikannya, maka saya tiada halangan dan berbesar hati untuk menuruti proses ini dengan sewajarnya.

 

Related Posts
ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π π‘πˆππ†π†πˆπ“ ππ”πŠπ“πˆ πŠπ„π˜π€πŠπˆππ€π πƒπ”ππˆπ€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€
AngkatanΒ MudaΒ KEADILANΒ (AMK)Β MalaysiaΒ menyambutΒ baikΒ perkembanganΒ positifΒ prestasiΒ m...
Ketahui Lebih Lanjut
crossmenuchevron-up