Carian
October 23, 2024

Belanjawan 2025 Berjaya Menambat Hati Pembangkang, Terpaksa Dalih Isu Dasar

Komitmen pembangunan ekonomi negara dan pemeliharaan kesejahteraan rakyat melalui pembentangan Belanjawan 2025 oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menambat hati pihak pembangkang. Ini diperakui sendiri dalam ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang turut menzahirkansokongan terhadap inisiatif-inisiatif yang ditawarkan dalam Belanjawan kali ini.

Perkara ini turut dibuktikan melalui kegagalan ahli-ahli Parlimen pembangkang menawarkan dasar dan polisi yang lebih baik dalam soal pentadbiran dan pengurusan fiskal negara. Sebaliknya, isu remeh-temeh yang dibangkitkan seperti isu perkataan ‘ketimbang’, PMX tidak ambil gaji dan persoalan mengenai dalil jelas mencerminkan kedangkalan pihak pembangkang.

Justeru, pihak pembangkang seharusnya memainkan peranan semak imbang yang lebih efektif, dengan menawarkan satu belanjawan ataupun cadangan alternatif yang akan dapat turut mendidik rakyat, berbanding sekadar mencipta kandungan video- video Tiktok yang bermain dengan sentimen yang tidak membawa manfaat dan memutar belit fakta.

Seiring dengan cabaran fiskal negara, Kerajaan mengakui beberapa langkah tidak popular yang terpaksa diambil khususnya berkaitan penyasaran semula subsidi bagi memastikan golongan yang benar-benar layak menerima bantuan kerajaan.

Keputusan ini juga diambil bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang mampan untuk pembangunan ekonomi yang lebih baik untuk jangka masa panjang.Kejayaan kerajaan Malaysia MADANI dalam mengurus negara telah dibuktikan melalui angka-angka ekonomi yang dikeluarkan oleh pihak antarabangsa yang telah memberikan kesan kepada kesejahteraan kehidupan rakyat.

Oleh yang demikian,penekanan terhadap aspek rasuah dan tatakelola seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2025 wajar terus menjadi keutamaan bagi menjamin kepercayaan dan keyakinan rakyat.

ARSHAD HASSNI

EXCO AMK Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up