Pada 14hb Januari 2022, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun memperaku dan mewartakan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) sehingga bulan Disember tahun 2021 (DPT BLN12/2021). Kemudian pada 7hb Februari 2022 pula SPR telah mengeluarkan senarai harga Daftar Pemilih Induk (DPI) 2021 untuk seluruh negara dan memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Induk ini sudah sedia untuk di bekalkan kepada parti- parti politik.
Namun sehingga kini, sebulan selepas DPT BLN12/2021 di wartakan, SPR masih belum bersedia membekalkan senarai daftar tersebut kepada pihak yang ingin membeli.
Apakah alasan sebenar kegagalan tersebut? Adakah ianya di sebabkan data berikut ada terdapat kesalahan atau ianya di sebabkan SPR tidak mahu membekalkan senarai tersebut kepada pihak pembangkang? Atau apa sebenarnya? Berkali- kali pihak unit data Pakatan Harapan (PH) tidak di benarkan membeli DPT BLN12/2021 dengan pelbagai alasan.
Saya terima aduan pelbagai dari unit data parti-parti PH berkenaan data yang pelik-pelik sebagai nama pengundi. Seperti ‘Deceased’ dan ‘Expired’ sebagai nama pemilih.
Maka saya sendiri membuat semakan pemilih di laman web SPR menggunakan sampel no kad pengenalan dari DPT tersebut. Ternyata aduan tersebut adalah benar (rujuk lampiran).
Sebelum ini SPR menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan setiap suku tahun yang di pamerkan kepada awam serta di bekalkan secara percuma untuk di semak oleh parti- parti politik dan individu membuat bantahan sebelum SPR mewartakan daftar pemilih tambahan tersebut. Akan tetapi amalan tersebut kini tidak lagi di teruskan. Dan Daftar Pemilih Tambahan terpaksa di beli oleh parti politik dengan kos yang mahal.
Parti politik tidak lagi di benarkan menyemak kesahihahan daftar tambahan dalam bentuk rang yang di pamerkan. Ianya kini di paksa untuk kami terima dan di paksa pula untuk kami beli dengan harga yang mahal untuk tujuan menyemak.
Nah.. ternyata apabila ianya tidak di pamerkan kali ini, terdapat pula nama-nama yang pelik dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember 2021.
Saya gesa SPR membuat kenyataan secara terbuka berkenaan integriti data yang telah pun di wartakan tersebut. Bagaimana SPR boleh mewartakan sesuatu data melibatkan lebih 5.8 juta pengundi, tetapi dikhuatiri kesahihannya? Dan adakah Pilihanraya Negeri Johor yang akanberlangsung pada 12hb Mac 2022 akan di kompromi keputusannya kerana terdapat ‘irregularities’ pada daftar pemilih yang telah di wartakan?
HAJAH FUZIAH SALLEH
Pengarah Pilihanraya Pusat
Parti KEADILAN Rakyat