April 24, 2025

Kenyataan Media Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini telah berjalan dengan baik dengan semangat ‘comradeship’ dan setiakawan yang tinggi di kalangan ahli MPP di mana beberapa perkara berhubung isu keanggotaan, disiplin parti, Pemilihan 2025 dan Kongres Nasional 2025 telah dibincangkan.

MPP telah mengesahkan berkaitan Kongres Nasional 2025 yang akan berlangsung di Johor Bharu pada 23, 24 dan 25 Mei 2025 di mana 23hb Mei ialah tarikh Kongres
AMK dan Wanita Nasional.

MPP juga telah memutuskan bahawa sebilangan perwakilan yang wajib hadir fizikal dari kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang- Cabang di Sabah dan Sarawak boleh hadir sebagai perwakilan serta mengundi di pusat undian satelit di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. Ini adalah bagi memberi kemudahan kepada perwakilan di Sabah dan Sarawak yang perlu mengundi fizikal untuk mengundi serta mengikuti perjalanan Kongres Nasional 2025 melalui jarak jauh di Pusat Satelit. Senarai Perwakilan dari kalangan AJK Cabang dari Sabah dan Sarawak yang akan mengundi secara fizikal di Kongres Nasional akan diumum kemudian.

MPP juga telah dimaklumkan berkenaan status keanggotaan calon-calon yang telah bertanding di dalam Pemilihan KEADILAN 2025, dan MPP telah membuat keputusan
dasar di mana seseorang anggota KEADILAN setelah menjadi calon Pemilihan dan kemudiannya didapati telah menjadi ahli mana-mana parti lain, akan di gugurkan keanggotaan mereka serta hilang kelayakan untuk menjadi calon dan terbatal pencalonan mereka. Pengumuman berkaitan nama-nama spesifik akan di buat oleh JPP.

Mesyuarat MPP telah berakhir dengan sokongan yang padu ahli MPP keatas keputusan bersama yang telah di capai melalui kepimpinan Datuk Seri Presiden. MPP
juga menyatakan sokongan serta juga penghargaan keatas usaha keras Jawatankuasa Pemilihan Parti 2025, yang di ketuai oleh Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Segala persiapan Kongres Nasional 2025 sedang berjalan lancar dan semua para perwakilan yang layak akan di maklumkan dalam masa terdekat.Kongres Nasional 2025 juga mengunjurkan sekitar 10,000 perwakilan yang akan hadir dan mengundi secara fizikal, manakala lebih 20,000 perwakilan di unjurkan akan mengundi di atas talian. Kongres Nasional 2025 akan buat pertama kalinya menggunapakai konsep ‘proportionate representation’ untuk perwakilan seperti yang telah diluluskan dalam Kongres Khas pada 15 hb Disember 2024 tempoh hari.

Dr Fuziah Salleh
Setiausaha Agung KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up