Carian
August 9, 2022

Akaun PM Telah Digodam tapi BN/PN Masih Membisu Bab Keselamatan Siber Negara

Berkaitan tentang isu akaun Telegram Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negara Dato’ Seri Saifuddin Abdullah telah digodam, ia merupakan satu penghinaan terhadap keselamatan rangkaian internet negara kita. Tidak hairan lagi kenapa rakyat-rakyat Malaysia sering menjadi mangsa-mangsa penipuan kewangan atas talian kerana keselamatan siber pemimpin Kerajaan sendiri juga tidak dapat dijaga.

Kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan National tidak segera mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber (NACSA) untuk mengambil tindakan yang sepadan dengan menyemak semula keselamatan e-mel dan akaun media sosial anggota-anggota kabinet, sebaliknya hanya meminta orang ramai melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa. Tindakan kelakar Ini mencerminkan kekurangan kesedaran dan perhatian terhadap keselamatan cyber di kalangan anggota cabinet.

Rakyat biasa mesti sangat cemburu dengan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kerajaan kerana hanya akaun Telegram saja digodam, ianya mendapat liputan Media dan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia. Manakala akaun bank rakyat biasa yang digodam, digunakan tanpa pengetahuan serta mengalami kerugian yang serius tidak dapat belas kasihan daripada mana-mana pihak.

Menteri hanya membuat bising selepas akaun mereka digodam. Walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keselamatan atau keselamatan internet dan siber telah menjadi amat membimbangkan dengan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis bahawa dalam 7 bulan yang lalu sebanyak 5940 kes penipuan atas talian dan pancingan data telah berlaku. Jumlah kerugian mencatat sebanyak RM 112.1 juta tetapi Kerajaan tidak mengambil tindakan drastik untuk mengawal isu yang berleluasa ini.

Walaupun banyak rungutan telah dibuat, tetapi saya amat berharap selepas ini kerajaan akan mengambil tindakan segera dengan mengumumkan tindakan atau cara untuk menangani isu keselamatan internet dan siber negara.

Sindiket penipuan telah berkali-kali menggunakan nama Bank Negara, pihak polis atau pihak Lembaga Hasil dalam Negeri, malah secara terang-terangan menyalahguna lencana institusi berkenaan untuk menjalankan penipuan tetapi tindakan pihak berkuasa sebelum ini seperti mencurah garam ke laut.

Mungkin selepas Perdana Menteri menjadi mangsa, wujudnya sedikit sinar dan harapan agar isu ini diperbaiki dan diselesaikan. Inilah ‘double standard’ yang dipraktikkan oleh Kerajaan BN/PN.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
LEE CHEAN CHUNG

Related Posts
crossmenuchevron-up