Carian
April 27, 2021

Amalan Dua Darjat Merupakan Suatu Penindasan Nyata, Rakyat Perlu Segera Bangkit Suarakan Ketidakpuasan Hati

Amalan dua darjat Kerajaan Perikatan Nasional sudah terlalu ketara dan semakin tidak masuk akal dengan siri penguatkuasaan yang tidak adil dan menambahkan sengsara rakyat dalam berhadapan dengan keadaan ekonomi tidak menentu kebelakangan ini.

Terbaru tular berita seorang peniaga burger di Kota Bahru, Kelantan dikompaun sehingga RM 50,000 kerana meniaga melebihi tempoh ditetapkan iaitu pukul 10 malam walaupun di hadapan rumah sendiri. Sekiranya berlaku pelanggaran SOP sekalipun, kompaun sehinggaRM 50,000 amat tidak masuk akal kepada rakyat marhaen yang hanya meniaga burger di hadapan rumah.

Ini agak berbeza bagi kes-kes melibatkan golongan ternama (VVIP), sering kedengaran kertas siasatan akan dibuka terlebih dahulu walaupun bukti bergambar dan video sudahterpampang jelas manakala kes melibatkan rakyat marhaen pula akan terus dikompaun. Ini jelas merupakan suatu penganiayaan dan penindasan yang tidak sepatutnya mendapat tempat di Malaysia.

Menteri atau exco kerajaan negeri yang mempunyai kuasa dan terlibat secara langsung dalam penyediaan SOP ini diminta untuk lebih bertanggungjawab dan digesa menyemak
kembali segala SOP tersebut supaya penganiayaan sebegini tidak terus berlaku.

Penguatkuasa turut dinasihatkan agar memberi pertimbangan sebaiknya sebelummengenakan sebarang kompaun kerana sekiranya kes sebegini berlaku, anda yang akan dipersalahkan nanti sedangkan anda hanyalah penjawat awam yang menjalankan tugas.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia) juga menggesa rakyat yang berhadapan dengan kes sebegini untuk tampil kehadapan dan Biro Profesional Muda AMK bersedia menawarkan khidmat guaman bagi memberikan pembelaan kepada mereka.

Kerajaan hari ini seperti sudah berkurang sifat nurani dalam melihat keterdesakan ekonomi rakyat dan amalan dua darjat pastinya menjadi isyarat tekanan dan penindasan berterusan kepada rakyat akan berlaku.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up