Carian
November 29, 2021

AMK Shah Alam Menasihat Afif Bahardin Muhasabah Diri

Angkatan Muda Keadilan Cabang Shah Alam(AMK) terpanggil dengan ucapan yang dibuat oleh YB Dr Afif Bahardin ( ADUN Seberang Jaya) Timb Ketua Penerangan II BERSATU yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette pada 28/11/2021. Ucapan yang dilakukan sewaktu perasmian Persidangan Tahunan BERSATU Bahagian Shah Alam itu amat melucukan dan tidak "berpijak pada bumi yang nyata".

Parti Keadilan Rakyat Cabang Shah Alam telah bertanding sejak tahun 1999 ( PRU10) ,tahun 2004( PRU11),2008( PRU12),2013( PRU13)& 2018( PRU14) dari 5 PRU yang ditandingi 3 PRU telah Keadilan menangi dengan Majoriti yang kian meningkat. Sokongan warga Shah Alam terhadap calon Keadilan amat memberangsangkan. Meskipun mengharungi 3 penjuru dan lebih namun calon keadilan tetap mendapat tempat di dihati pengundi.

Justeru, AMK Shah Alam menemplak ucapan YB Dr Afif dan menyifatkan ucapan beliau sekadar ucapan yang tidak berfakta dan cuba untuk menutup kelemahan parti baharu beliau sendiri.

Sejarah Parti BERSATU dalam arus PRU tidak lain melainkan parti baharu menapak dan bergantung kepada sokongan pakatan atau gabungan lain. Selepas kerajaan Pakatan Harapan digulingkan dengan langkah sheraton pada Feb 2020 yang turut dimainkan oleh beliau dan rakan2 lain. BERSATU yang asalnya bersama Pakatan Harapan (PH) telah bergabung bersama Perikatan Nasional meskipun UMNO ,MCA & MIC tidak menyokong.

Selepas Presiden beliau digulingkan dengan hanya 18 Bulan memerintah Perikatan Nasional. Maka seharusnya Dr Afif membuat penilaian sendiri sebelum mengecilkan parti yang telah mengangkat Dr Afif sebagai ADUN Seberang Jaya selama 2 Penggal.

Pengkhianatan dalam langkah Sheraton bersama rakan -rakan beliau pasti akan dihakimi oleh rakyat DUN Seberang Jaya pada PRU 15 kelak.

AMK Shah Alam bersimpati terhadap rakyat di Seberang Jaya yang mana ADUN banyak menghabiskan masa berjalan-jalan di Shah Alam daripada memberi khidmat kepada rakyat disana.

AMK Shah Alam menegaskan Keadilan di Shah Alam akan terus kukuh dan bersedia mempertahankan Dun Kota Anggerik & Dun Batu Tiga. Sekiranya beliau cuba mengintai Parlimen Shah Alam tetap Keadilan akan mempertahankan demi Pakatan Harapan.

Sekali lagi AMK Shah Alam menasihatkan beliau agar sentiasa bermuhasabah diri dan merendah diri serta berhati-hati ketika berucap dan terus memperbaiki prestasi Bersatu dan khidmat di kawasan Seberang Jaya dan jangan menyibukkan diri dengan bekas Parti yang telah beliau khianati.

Sekian
Angkatan Muda Keadilan Shah Alam.

Related Posts
crossmenuchevron-up