AMK:Kebebasan Media Dan Hak Bersuara Rakyat Menjadi Mangsa Keterdesakan Kerajaan PN Pertahan Kuasa

AMK:Kebebasan Media Dan Hak Bersuara Rakyat Menjadi Mangsa Keterdesakan Kerajaan PN Pertahan Kuasa

AMK:Kebebasan Media Dan Hak Bersuara Rakyat Menjadi Mangsa Keterdesakan Kerajaan PN Pertahan Kuasa

Tekanan berterusan kepada media kebelakangan ini telah menambahkan kebimbangan terhadap kebebasan media yang diperjuangkan sekian lama akan kembali malap di bawah pemerintahan Perikatan Nasional.

Baru-baru ini setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mendenda Malaysiakini sebanyak RM500,000 atas dakwaan menghina mahkamah berhubung komen yang dibuat oleh pembaca, kini sekali lagi Ketua Pengarang Malaysiakini, Saudara Steven Gan akan disiasat bersama-sama Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago berhubung komen susulan terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Walaupun keputusan mahkamah wajar dihormati, namun ianya masih tidak dapat lari dari menjadi pertikaian umum apabila keputusan tersebut dilihat tidak bersesuaian dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.

Amat janggal apabila seseorang yang memberikan pandangan atau bertindak di dalam ruang lingkup perlembagaan terus ditekan sebegini rupa dengan menggunakan pelbagai helah untuk merencatkan kebebasan media di Malaysia.

Tekanan berterusan kepada kebebasan media ini dilihat semakin menjadi amalan Kerajaan Perikatan Nasional. Ini dapat dilihat melalui sikap Perdana Menteri yang gemar membuat perutusan khas tetapi amat jarang bersoal jawab secara terbuka dengan wartawan malah tidak berani berhadapan dengan wartawan antarabangsa.

Keadaan bertambah buruk dengan ugutan yang diterima oleh Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub, Pengerusi Kumpulan Karangkraf, serta cadangan YB Senator Datuk Razali Idris agar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dipinda bagi mengenakan hukuman lebih tegas kepada rakyat Malaysia yang mengkritik Perdana Menteri.

Ini menjadi isyarat bahawa terdapat usaha yang tersusun untuk mencengkam kebebasan media dan menutup mulut rakyat daripada terus bersuara mengkritik kebobrokan pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional yang kian berleluasa hari ini.

Kebebasan media dan hak rakyat untuk bersuara selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan, rakyat akan bangkit sekiranya perkara ini diganggu gugat.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *