ANGKATAN MUDA HARAPAN MEMPERKUKUH KESATUAN MENGHADAPI PILIHAN RAYA UMUM KE-15

ANGKATAN MUDA HARAPAN MEMPERKUKUH KESATUAN MENGHADAPI PILIHAN RAYA UMUM KE-15

1.Angkatan Muda HARAPAN yang terdiri daripada Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAPSY), Pemuda AMANAH Nasional, Wanita Muda Amanah Nasional (WARDA), Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO berdiri teguh bersama-sama bagi memastikan kemaslahatan yang dicerminkan melalui hasrat dan aspirasi mereka dijuarai setiap masa.

2.Kami juga menzahirkan komitmen berkesatuan antara komponen sayap pemuda parti komponen Pakatan Harapan khusus bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 dan terus bertekad membina keyakinan anak muda untuk konsisten membawa nafas politik yang baharu, politik yang mementingkan rakyat, politik yang berteraskan dasar dan solusi dan juga menyemarakkan politik progresif pelbagai bangsa dan faham agama.

3.Bagi memperkukuh kesatuan dan memperkemas organisasi, Angkatan Muda HARAPAN mengumumkan struktur penuh organisasi seperti di bawah :-

Ketua Angkatan Muda – Kelvin Yii Lee Wuen
Timb. Ketua Angkatan Muda – Mohd Hasbie Muda,Adam Adli Abd Halim, Nurthaqaffah Nordin,Felix Joseph Saang
Naib Ketua Angkatan Muda – Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan,Young Syefura Othman,Muhammad Kamil Abdul Munim,Kennedy John Angian
Setiausaha- Musaddeq Khalid
Timb. Setiausaha-Omar Mokhtar A Manap
Bendahari-Lim Yi Wei
Timb. Bendahari-Nur Najihah Muhaimin
Biro Pilihan Raya-Asmaaliff Abdul Adam,Prabakaran a/l Parameswaran,Keristinah Philip Selvaraju
Biro Mobilisasi-Umar Khair,Abbas Azmi, Jason Raj Kirupanantha
Biro Dasar Awam -Ong Chun Wei, Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri,Ammar Atan
Biro Penerangan- Muhammad Haziq Azfar Bin Ishak

4.Menginsafi beberapa isu mutakhir terkait anak muda terkait kos sara hidup anak muda termasuklah kebajikan pekerja ekonomi gig yang didominasi anak muda, Angkatan Muda HARAPAN akan menganjurkan satu Jelajah Harapan Anak Muda yang akan bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) dan akan diteruskan di beberapa negeri lain lagi selepas ini.

5.Jelajah Harapan Anak Muda ini bukan sahaja sebagai medan pencerahan dan penerangan secara konvensional, tetapi bagi menjalankan komitmen Angkatan Muda HARAPAN untuk terus bersama dengan anak muda mengangkat aspirasi mereka melalui suara hati nurani anak muda.

KELVIN YII LEE WUEN
Ketua Kebangsaan
Pemuda Sosialis DAP Malaysia

ADAM ADLI ABD HALIM
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

MOHD HASBIE MUDA
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

FELIX JOSEPH SAANG
Ketua Pergerakan Pemuda UPKO


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *