Carian
September 30, 2022

Anwar Kemuka Usul Bincang Masalah Ekonomi

Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

"Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara yang telah menjejaskan kehidupan rakyat dan isu ini teramat memberi kesan kepada rakyat dan negara."

Perkara ini perlu disegerakan kerana kenaikan harga barang yang mendadak dan kejatuhan nilai mata wang negara terkini memberi kesan terus kepada rakyat baik secara jangka pendek dan jangka panjang.

Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up