Apakah Kewajaran Saifuddin Abdullah Menggunakan Arahan Menteri Anugerahkan Kontrak Spektrum Dan 5G?

Apakah Kewajaran Saifuddin Abdullah Menggunakan Arahan Menteri Anugerahkan Kontrak Spektrum Dan 5G?

Merujuk kepada laporan media, Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menganugerahkan Syarikat Altel Communications kontrak spektrum 2x5Mhz untuk jalur 900Mhz bagi tempoh masa lima (5) tahun secara arahan menteri (ministerial order) bertarikh 31 Mei 2021.

Ini adalah bertentangan dengan tindakan beliau pada tahun lepas apabila arahan Menteri bagi menganugerahkan kontrak 5G terpaksa dibatalkan apabila mendapat bantahan dan kecaman orang ramai.

Pada masa yang sama, beliau juga menggunakan arahan menteri untuk melantik Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai satu-satunya pihak untuk membangunkan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.

Persoalannya:
1. Mengapa Dato’ Saifuddin Abdullah masih berdegil menggunakan arahan Menteri tanpa melalui proses tender terbuka bagi menganugerahkan kontrak sedangkan pada tahun lepas beliau terpaksa membatalkan kaedah yang sama akibat bantahan dan kritikan banyak pihak?

2. Berapakah jumlah harga yang perlu dibayar syarikat tersebut bagi mendapatkan kontrak tersebut?

3. Apakah kewajaran penganugerahan kontrak dibuat ketika darurat dan Parlimen ditutup yang menyebabkan tiada ketelusan serta proses semak dan imbang?

4. Mengapa pembangunan rangkaian 5G hanya diberikan kepada sebuah syarikat sahaja sedangkan negara kecil lain memiliki sekurang-kurangnya dua penyedia rangkaian 5G bagi mewujudkan persaingan serta memberi pilihan alternatif?

Tindakan arahan Menteri untuk penganugerahan kontrak spektrum dan 5G adalah tidak bertanggungjawab ketika mana Parlimen sedang digantung.

Ini amat dikhuatiri akan membuka ruang kepada ketirisan, monopoli dan mutu perkhidmatan yang lemah yang seterusnya akan menjadi beban kepada rakyat sebagai pengguna.

Sekian.
AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *