Carian
June 6, 2021

Arah Batal Kongres Maya KEADILAN Bukti Ada Yang Rasa Takut Dengan Bayangan Sendiri

1- Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan mengambil maklum keputusan dan arahan Majlis Keselamatan Negara membatalkan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di saat akhir setelah Kongres Sayap Wanita dan Kongres Sayap Angkatan Muda dijalankan walaupun pada mulanya kelulusan telah diberi. Namun begitu, arahan tersebut diambil maklum dengan beberapa pemerhatian.

2- Kongres Nasional Parti yang dijalankan sepenuhnya secara maya adalah suatu amalan demokrasi yang sihat dan patuh sepenuhnya dengan arahan-arahan PKP 3.0 (“total lockdown”). Oleh itu, arahan pembatalan yang dikeluarkan menggambarkan cara berfikir melawan arus serta rasa takut dengan bayangan sendiri.

3- Walau apa pun yang berlaku, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan seluruh jentera akar umbi Negeri Sembilan akan sentiasa komited serta terus mendukung prinsip-prinsip demokrasi, menegakkan keadilan, memahami aspirasi rakyat dan membela nasib mereka dengan azam yang jelas di bawah kepimpinan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4- “Keadilan” itu membawa erti kehidupan yang sangat penting iaitu meletakkan hak pada tempatnya. Maka yang demikian, ayuh semua anggota Parti Keadilan Rakyat seluruhnya dan khususnya di Negeri Sembilan - terus kita berdiri teguh di dalam saf perjuangan ini bersama YB Dato’ Seri Presiden bagi mengangkat hak rakyat dan memartabat perjuangan Parti.

YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Haji Harun
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Sembilan

Related Posts
crossmenuchevron-up