Baju Baru Sang Raja (The Emperor’s New Clothes), Rafizi Bagaikan Budak Yang Jujur

Baju Baru Sang Raja (The Emperor’s New Clothes), Rafizi Bagaikan Budak Yang Jujur

Merujuk kepada beberapa komen kebelakangan ini daripada Ahli Parlimen Sibuti GPS dan Ketua Penerangan Pemuda PBB berkenaan ucapan saudara Rafizi Ramli, AMK Sarawak ingin menyeru kepada pimpinan BN/GPS supaya tidak terus berada dalam penafian dan sebaliknya harus menerima teguran saudara Rafizi dengan hati yang terbuka dan realistik.

Kenyataan saudara Rafizi amat tepat dan mencerminkan faktar yang sebenar. Sebelum pimpinan BN/GPS menuding jari ke “Semenanjung” sebagai punca permasalahan di Sarawak, adalah lebih baik untuk mereka mengimbau kembali pentadbiran BN/GPS dan mencari punca kesilapan urus tadbir dalam kerajaan seperti salahguna kuasa, penyelewenggan dan amalan rasuah. Sesetengah orang politik sering mencari seribu alasan untuk menutup kelemahan dan kegagalan mereka, tetapi sejarah tetap akan memberi gambaran yang sebenar.

Pimpinan BN/GPS dan parti yang terdahulu telah menerajui pemerintahan di peringkat Kerajaan Persekutuan sejak pembentukan Malaysia sehingga kini (kecuali 22 bulan di bawah Pakatan Harapan). Boleh dikatakan bahawa mereka menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan melebihi 5 dekad di negara ini. Adalah diingatkan bahawa parti-parti komponen GPS juga merupakan parti komponen Barisan Nasional Sarawak. Di peringkat Sarawak pula, pimpinan GPS dan parti-parti terdahulunya juga telah menjadi Kerajaan Sarawak hampir 6 dekad.

Dengan adanya kuasa Ahli Parlimen dan pengaruh yang begitu luas baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat Sarawak, sudah tentu pimpinan BN/GPS tidak ada alasan untuk menjawab kepada rakyat Sarawak, selain mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan. Sekiranya BN/GPS dan parti yang terdahulu betul-betul memainkan peranan dengan penuh bertanggungjawab sejak pembentukan Malaysia, isu MA63 tidak akan timbul hari ini.

Di Semenanjung, isu perkauman dan keagamaan sering dicanang untuk mengalih pandangan berkaitan kegagalan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Di Sarawak pula, disebabkan oleh semangat anak Sarawak yang berjaya mencegah sentimen perkauman dan keagamaan daripada diperalatkan, maka sentimen wilayah turut dipergunakan untuk mencapai matlamat mereka.

AMK di Sarawak berharap agar pimpinan BN/GPS bersikap terbuka menerima teguran dan kenyataan jujur saudara Rafizi. Bersuara untuk kebenaran atas perkara yang betul jarang ada pada pemimpin BN/GPS. Demi kesejahteraan dan masa depan Bumi Kenyalang yang tercinta, adalah perlunya pimpinan BN/GPS menerima teguran dan pandangan daripada pihak pembangkang agar mereka dapat melakukan anjakan paradigma dalam urus tadbir kerajaan.

Sekian.
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN SARAWAK
CHIEW CHOON MAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *