Carian
April 1, 2024

Henti Seleweng Fakta Dan Mainkan Sentimen Perkauman

Tular satu dakwaan di media sosial yang melibatkan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek yang mendakwa beliau melarang penggunaan perkataan "kafir". Kenyataan yang dibuat ini telah diambil dan difahami luar konteks yang sebenar dengan membuat andaian serta memutarbelitkan fakta sehingga menimbulkan fitnah.

Hakikatnya,YB Fadhlina Sidek sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam kerana bapa beliau juga merupakan seorang tokoh ilmuan dan agamawan di Malaysia. Sepanjang beliau menjadi Menteri Pendidikan sejak tahun 2023, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memartabatkan dan memperkasakan syiar Islam yang bermula di sekolah.

Antaranya pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilancarkan pada bulan Ogos 2023. Pelaksanaan ini bertujuan untuk meningkatkan penghayatan hadis dengan memastikan nilai pesanan dalam hadis tersebut dapat difahami selain memupuk semangat kasih sayang dalam kalangan pelajar beragama Islam.

Pelaksanaan modul ini juga dapat menerapkan asas kefahaman agama kepada murid beragama islam serta membentuk sahsiah diri yang mampu mengangkat martabat insan.

YB Fadhlina Sidek juga telah melancarkan Minggu Solidariti Palestine di setiap sekolah bermula pada bulan Oktober 2023. Tujuan Minggu Solidariti Palestine ini dibuat adalah untuk memberikan kesedaran,pencerahan serta kefahaman kepada anak-anak murid di sekolah terhadap isu yang berlaku di negara Palestine selain menunjukkan sokongan dan dokongan kepada rakyat Palestine.

Melalui program Minggu Solidariti Palestine ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya mengutip dana sebanyak RM11.5 juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestine sebagai tanda sokongan dan solidariti.

Walaupun YB Fadhlina Sidek sering dikecam dan difitnah oleh pihak tertentu tetapi beliau terus komited menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pendidikan sehingga berjaya melaksanakan dasar yang gagal dibuat oleh pihak pembangkang semasa mereka menjadi kerajaan sebelum ini.

BIRO PENDIDIKAN

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Related Posts
crossmenuchevron-up