Belanjawan 2022: Undi Suara Kerana Tidak Bersetuju

Belanjawan 2022: Undi Suara Kerana Tidak Bersetuju

Pakatan Harapan telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan 2022.

Melalui sesi-sesi libat urus tersebut, wakil-wakil Pakatan Harapan telah menyampaikan pandangan dan pendirian Pakatan Harapan berhubung isu-isu dasar. Terdapat perkara-perkara yang dapat dipersetujui, namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dipersetujui.

Oleh demikian, di peringkat dasar Belanjawan 2022 ini, memandangkan kita tidak bersetuju dalam beberapa perkara, maka Pakatan Harapan membuat keputusan untuk mengundi secara undi suara.

Bagi proses kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa yang bermula Isnin, 22 November ini, Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan untuk meneliti, menyemak imbang serta memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.

Pakatan Harapan menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang berdepan dengan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi. Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Walaupun ada tambahan peruntukan ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Belanjawan yang adil untuk semua tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.

Walaupun Pakatan Harapan menghargai keperluan untuk mengawal defisit Belanjawan, terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik COVID-19 serta membantu rakyat dan perniagaan, terutamanya PMKS, supaya dapat terus hidup. Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

Oleh itu, Majlis Presiden memutuskan untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan berhubung Belanjawan 2022 demi keadilan untuk rakyat.

Sebarang keputusan berhubung kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa akan ditentukan kemudian.

DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau
PertubuhanKinabalu Progresif Bersatu (UPKO)


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *