Beranikah PM Berjihad Menyiasat Dan Menghapuskan “Vesel Nelayan Asing Tukar Kulit” Yang Mengancam Sekuriti Makanan Negara?

Beranikah PM Berjihad Menyiasat Dan Menghapuskan “Vesel Nelayan Asing Tukar Kulit” Yang Mengancam Sekuriti Makanan Negara?

1.Saya ingin merujuk kepada pendedahan akhbar Sinar Harian bertarikh 3 Ogos 2022, bertajuk “Nelayan Asing Semakin Berani” yang melaporkan kegiatan haram warga asing mencuri hasil laut di perairan negara dengan bersubahat dengan rakyat Malaysia yang mementingkan diri sendiri.

2. “Vesel nelayan asing tukar kulit” bermaksud vesel asing menggunakan nombor pendaftaran sah bot tempatan bagi mengaburi kegiatan haram mencuri hasil laut di perairan negara kita.

3.Aktiviti mencuri hasil laut atau sumber laut negara bukan sahaja merampas rezeki dan pendapatan nelayan rakyat Malaysia tetapi juga mengancam aspek sekuriti makanan negara.

4. Oleh itu, saya ingin mendesak pihak kerajaan untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap rakyat Malaysia baik nelayan tempatan atau penguatkuasa yang didapati bersalah dan mengkhianati negara kerana bersubahat dengan warga asing untuk mencuri hasil laut kita demi keuntungan peribadi.

5. Saya juga mencabar Perdana Menteri Dato Sri Ismail untuk mengambil tindakan dengan kadar segera untuk membuktikan beliau bukan sahaja berani jihad perangi “orang tengah” tetapi juga pengkhianat negara yang bersubahat dengan warga asing.

Loh Ker Chean
Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *