Dong Zong Perlu Kembali Ke Ruang Dialog – Anwar Ibrahim

Dong Zong Perlu Kembali Ke Ruang Dialog – Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
 
Kontroversi tulisan Jawi kini dikhuatiri tambah menghangatkan suhu politik dan kaum.
 
Justeru itu, saya menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog. Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi.
 
Perlu diingati bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian dari khazanah budaya bangsa dan negara. Bahasa Melayu dan kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam huruf Arab yang diubah suai kepada tulisan Jawi.
 
Ikhtiar tersebut perlu dilihat sebagai antara langkah menyemarakkan kesedaran lintas budaya. Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya; dan kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya.
 
Keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran.
 
Maka sekali lagi, saya ingin menggesa rakan-rakan khususnya Dong Zong dan pertubuhan Melayu lainnya agar tidak meneruskan dengan sidang anti atau pro-Jawi.
 
ANWAR IBRAHIM
Presiden Parti Keadilan Rakyat
23 Disember 2019

Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *