Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Tanggal 3 Mei setiap tahun kita kembali mengingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dan menghargai peranan para wartawan dan pengamal media dalam memberikan laporan terbaik kepada masyarakat.

Sambutan ini juga dapat meningkatkan kesedaran umum mengenai peri penting aspek kebebasan akhbar dalam mana-mana masyarakat yang terbuka dan demokratik.
Ia juga meningatkan semua pihak akan tugas mereka untuk menghormati dan mendukung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Namun, lain halnya di Malaysia tatkala para wartawan dan pihak media diganggugugat serta diancam pendakwaan dalam menyampaikan laporan yang mungkin tidak enak pada halwa telinga pemerintah.

Sebagai masyarakat dan negara yang berpaksi pada demokrasi, sikap sebegini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab serta menampakkan betapa lemahnya pemerintah yang ada hari ini, di semua segi.

Wartawan dan pihak media mesti diberi ruang dan kebebasan dalam melapor selaras dengan Perlembagaan yang menjamin hak itu.

Keterbukaan dan kritikan tidak harus diinjak malah mesti dirai dan dihormati sekiranya kita benar-benar mahu membangun tamadun yang beretika dan cemerlang.

ANWAR IBRAHIM


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *