Hari Kesihatan Mental Sedunia “Menuju Kesaksamaan Kesihatan Mental”

Hari Kesihatan Mental Sedunia “Menuju Kesaksamaan Kesihatan Mental”

1.Pada 10 Oktober setiap tahun, dunia akan meraikan Hari Kesihatan Mental Sedunia sebagai tanda sokongan dalam memperkukuh polisi dan dasar berkaitan kesihatan mental.

2.“Menuju Kesaksamaan Kesihatan Mental” adalah tema yang tepat untuk menggambarkan betapa ketika ini terdapat keperluan yang kritikal untuk mengurangkan kesenjangan dalam semua segmen masyarakat khsusnya berkaitan dengan akses terhadap perkhidmatan kesihatan mental dalam negara.

3.Dasar Kesihatan Mental negara telah diperkenalkan dengan tujuan untuk menyediakan suatu asas dalam pembentukan strategi serta menjadi halatuju bagi kesemua yang terlibat dalam perancangan dan implementasi program kesihatan dengan tujuan memperbaiki kesihatan mental dan kesejahteraan seluruh rakyat.

4.Tema sambutan pada tahun ini sebenarnya sangat bertepatan dengan Dasar Kesihatan Mental negara yang pertama iaitu “Mudah diperolehi dan saksama”. Dalam konteks kesaksamaan kesihatan mental, dasar ini sangat penting dalam menentukan penjagaan kesihatan mental mudah diperolehi secara sama rata dan adil bagi setiap segmen dalam masyarakat dari segi demografi dan keupayaan ekonomi.

5.Saya ingin menegaskan konsep kesaksamaan dalam kesihatan mempunyai prinsip moral dan etika berhubung dengan keadilan sosial yang membawa implikasi bahawa setiap orang mempunyai peluang sama rata untuk mencapai potensi kesihatan dengan sepenuhnya.

6.Dasar ini sangat kritikal dalam memberikan keutamaan kepada kesaksamaan dalam memperolehi perkhidmatan kesihatan mental dan mengurangkan kesenjangan dalam masyarakat.

7.Dalam masa yang sama, satu lagi aspek Dasar Kesihatan Mental negara yang penting adalah “Perundangan” di mana hak dan kebebasan orang-orang yang mengalami masalah kesihatan mental dan gangguan mental mesti diberi jaminan dan perlindungan melalui undang-undang.

8.Jaminan hak asasi kemanusiaan dan undang-undang yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi hak mereka yang menghidap penyakit mental sangat penting untuk mengelakkan stigma dan prejudis serta kerentanan hak serta menghapuskan diskriminasi dalam masyarakat.

9.Dalam hal ini, saya menyambut baik komitmen kerajaan yang telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan percubaan membunuh diri dengan tumpuan diberikan kepada pemulihan rawatan dan intervensi.

10.Dalam masa yang sama, kerajaan juga harus meneliti pindaan-pindaan terhadap undang-undang lain yang terkait rapat dengan kesihatan mental termasuk pindaan terhadap Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memberikan takrifan kepada maksud “kesihatan” yang membawa maksud kesihatan mental.Peruntukan khas berkaitan takrifan kesihatan mental mesti dimasukkan untuk menangani masalah kesihatn mental, termasuk menyediakan sokongan kepada pekerja yang berhadapan dengan isu kesihatan mental.

YB Senator Fadhlina Sidek
Ahli Dewan Negara
Pengerusi Biro Guaman & Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *