Carian
September 13, 2021

Henti Beri Jangkaan , Rina Harus Muktamadkan Tarikh Bentang RUU Anti Gangguan Seksual

1.Saya merujuk kepada laporan media yang melaporkana bahawa Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun menyatakan bahawa bacaan kali pertama RUU tersebut di parlimen dijangka akan dibentangkan pada tahun ini.

2.Ini bukanlah kali pertama Rina memberikan jangkaan untuk pembentangan RUU tersebut memandangkan sebelum ini, telah beberapa kali kenyataan beliau membawa konotasi dan nada yang sama tetapi sehingga kini masih gagal dibentangkan.

3.Saya ingin menggesa agar Rina segera menetapkan garis masa yang tepat dan bukan sekadar jangkaan ketidakpastian yang memperlihatkan Rina tidak bersungguh-sungguh membawa agenda ini dengan segera.

4.Rina juga sepatutnya melaksanakan lebih banyak konsultasi awam dan melaksanakan konsultasi bipartisan merentas semua parti politik bagi memastikan agenda dan pembentangan RUU ini difahami dalam konteks dan halatuju yang sama.

5.Dalam masa yang sama program-program advokasi, pendidikan awam dan literasi undang-undang terkait dengan jenayah gangguan seksual ini mesti diperhebatkan dan diberikan tumpuan agar proses kefahaman rakyat bergerak seiring dengan undang-undang yang akan dilaksanakan kelak.

Fadhlina Sidek
YB Senator Ahli Dewan Negara
Pengerusi Biro Guaman & Pembangunan Komuniti
Wanita Keadilan

Related Posts
crossmenuchevron-up