Hikmah Dalam Mendidik Remaja Perempuan

Hikmah Dalam Mendidik Remaja Perempuan

Saya benar-benar rasa terpanggil untuk merespon isu pelajar perempuan yang diperiksa secara fizikal bagi membuktikan mereka benar-benar datang bulan adalah suatu yang menyentuh privasi anak remaja kita.

Datang bulan atau kehadiran haid adalah proses fitrah anak remaja wanita yang perlu dihormati kerana kehadirannya bersama limpahan emosi yang pelbagai akibat hormon-hormon kedewasan dalam diri mereka wajar diurusi dengan hikmah.

Keuzuran syar’i kerana datang bulan bukanlah suatu tiket untuk ponteng menunaikan solat. Namun, menggunakan alasan datang bulan dan memeriksa mereka secara fizikal dengan cara yang pelbagai pula sebenarnya suatu yang memalukan apatah lagi dijadikan sebagai gurauan. Pendidikan anak agar mendirikan solat sebenarnya bermula seawal 7 tahun. Isu culas dalam menunaikan solat harus di atasi dengan memeriksa pemahaman dan penghayatan mereka tentang solat bukan pemeriksaan yang membuka keaiban.

Umum mengetahui, syarat wajib menunaikan solat selain Islam adalah baligh, berakal, suci dari haid dan nifas bagi perempuan. Namun, menjaga maruah seseorang dari dimalukan apatah lagi yang menyentuh privasi remaja wanita dan perasaan mereka tidak wajar dikesampingkan. Kesannya ini amat besar terhadap psikologi mereka.

Selaku seorang ibu, saya juga amat berhati-hati dalam memahamkan anak remaja perempuan saya akan persediaan mental bila datang bulan. Perubahan-perubahan diri remaja perempuan termasuklah fizikal dan emosi memang memerlukan sokongan ibu bapa secara khusus termasuklah mereka yang berada disekitaran hidupnya termasuklah di sekolah atau di asrama.

Mungkin ada sebahagian yang menganggap amalan memeriksa seperti yang dilaporkan media ini sudah lama berlaku dan menjadi ‘budaya’ yang seseolah diterima. Namun, usaha membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul mestilah menempati ruang kehidupan dalam usaha menghormati wanita sejak dari bangku sekolah lagi.

Justeru, saya menyeru agar amalan pemeriksaan fizikal sebegitu yang kelihatannya telah menjadi ‘tradisi’ mestilah dihentikan kerana kesan dimalukan lazimnya akan mengakar lama dalam diri remaja perempuan bahkan akan terus diingati meskipun sudah puluhan tahun. Masih banyak pendekatan lain yang lebih hikmah atau bijaksana terhadap anak-anak remaja perempuan ini.

Dakwah bil hikmah, Dakwah bil mau’izah hasanah, Mujadalah billati hiya ahsan

Nurin Aina
Ahli Parlimen Merbok
Pembantu Jurucakap KEADILAN
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *