Carian
November 28, 2021

Isu Logo Perlu Dibincang Di Peringkat Majlis Presiden

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini. Antara yang telah dibincangkan adalah keputusan Pilihan Raya Umum Melaka ke-15 yang selesai pada 20 November lalu serta penggunaan logo Pakatan Harapan.

Dari dapatan awal pimpinan, SOP yang dikenakan ke atas cara berkempen bagi PRU Melaka telah menyukarkan proses pengenalan calon-calon baharu serta logo yang berbeza dari yang dibawa pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Hal ini telah ditekankan pimpinan dan akar umbi KEADILAN dari awal bagi PRU Melaka. Namun oleh kerana KEADILAN memahami sikap sahabat-sahabat di dalam Pakatan Harapan pada ketika itu, maka kami membuat keputusan bersetuju dengan penggunaan logo tersebut.

Namun, ke hadapan, KEADILAN berpandangan bahawa wujud kewajaran logo KEADILAN digunakan semula. Perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut pada mesyuarat Pakatan Harapan yang akan datang.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up