Isu Petugas Kesihatan Mengalami Tekanan Dan Gangguan Emosi Wajar Dapat Perhatian

Isu Petugas Kesihatan Mengalami Tekanan Dan Gangguan Emosi Wajar Dapat Perhatian

Saya meneliti laporan mengenai luahan para petugas kesihatan yang mengalami tekanan dan gangguan emosi sepanjang bertugas memerangi wabak.

Pengorbanan mereka tanpa henti wajar mendapat pembelaan dan perhatian.

Saya melihat keperluan untuk mempunyai pendekatan memerangi COVID-19 tidak hanya dalam strategi mengawal penularan, tapi harus termasuk tahap emosi dan kesihatan mental para petugas kesihatan. Ini harus diambilkira oleh Menteri Kesihatan yang baharu.

Kerajaan mesti memberi fokus aspek pengurusan, persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan kakitangan yang bertugas di mana-mana fasiliti
kesihatan dengan lebih berkesan.

Justeru, isu kesihatan mental petugas kesihatan ini perlu menjadi perkara utama yang akan disentuh kelak sewaktu sidang Parlimen minggu depan.

ANWAR IBRAHIM


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *