Carian
March 26, 2021

Jasa Kaum Pekerja

Sumbangan Para Pekerja Malaysia amat besar dalam usaha pemulihan ekonomi negara.

"Setakat 14 Mac 2021, pengeluaran i-sinar sebanyak RM52.48 bilion telah diluluskan kepada 5.94 juta pemohon dan daripada jumlah itu sebanyak RM32.74 bilion telahpun dikreditkan," kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Wang berbilion ringgit itu adalah wang pekerja sendiri di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP). RM52.48 bilion itu nanti akan menggerakkan ekonomi negara supaya lebih cergas dan pertumbuhan akan berlaku.

Itu aspek yang positif. Tetapi semakin banyak wang KWSP dikeluarkan, semakin kurang simpanan pencen untuk pekerja tersebut bila tua nanti.

Nampaknya pekerja tolong diri mereka sendiri lebih besar jumlah wangnya berbanding jumlah yang kerajaan keluarkan untuk tolong pekerja.Misalnya seperti berikut.

Seramai 107,000 individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 menerima bantuan Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Perkeso dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM366.37 juta sahaja (tidak sampai setengah bilion). Apapun ucapan syukur dilafazkan juga.

Keadaan nasib kaum pekerja Malaysia sekarang amat membimbangkan.Menurut Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin setakat pada Februari 2021 sahaja terdapat 711,000 orang penganggur di negara kita sekarang.

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang, merangkap
Penolong Jurucakap Parti Keadilan di Parlimen
Hal Ehwal Hak-Hak Pekerja

Related Posts
crossmenuchevron-up