KEADILAN Selangor Menyokong Penuh Keputusan Mewartakan Semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara

KEADILAN Selangor Menyokong Penuh Keputusan Mewartakan Semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor menyokong penuh keputusan yang dibuat Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara serta membuat beberapa pindaan terkait isu penyahwartaan kawasan Hutan Simpan tersebut.

104 ekar daripada jumlah keseluruhan 1,326 ekar yang kekal dinyahwarta bakal melengkapkan pemberimilikan tanah kepada Kampung Orang Asli Busut Baru yang telah dipindahkan dari penempatan asal mereka pada 1994 untuk tujuan pembinaan KLIA. Ini menunjukkan iltizam Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan isu yang tertangguh sejak tahun 2006.

Keputusan mempertimbangkan sebahagian kecil lagi kawasan kekal nyahwarta untuk tujuan pertimbangan jajaran East Coast Rail Link (ECRL) bakal memberi lebih banyak faedah kepada rakyat di sepanjang jajaran rel berkenaan. Tindakan menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas kawasan tersebut serta membatalkan pemberimilikan tanah itu kepada syarikat terbabit adalah satu langkah yang tepat dan membuktikan Kerajaan Negeri sangat peka dengan tuntutan dan mendengar suara rakyat.

Pada masa yang sama, kawasan gantian yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 1,436 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga akan kekal statusnya sebagai Hutan Simpan Kekal. Ini adalah komitmen Kerajaan Negeri demi kelestarian alam sekitar.

KEADILAN Selangor sedia maklum proses penyahwartaan sebelum ini telah mengikuti segala prosedur dan tatacara yang dinyatakan mengikut lunas undang-undang. Namun sebagai sebuah kerajaan yang berteras prinsip akauntabiliti, Sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang bakal diadakan pihak Kerajaan Negeri adalah satu langkah yang sangat tepat bagi menjawab sebarang isu-isu yang dibangkitkan terkait penyahwartaan sebelum ini.

Halimey Abu Bakar
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor
ADUN SERI SETIA


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *