Carian
August 26, 2021

Kebersamaan UPKO Dalam Keluarga Besar Pakatan Harapan

Saya mengalu-alukan kemasukan United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) ke dalam keluarga besar Pakatan Harapan yang baru diumumkan Setiausaha Agung Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang tadi.

Ia suatu khabar yang cukup menggembirakan dan bermakna tatkala PH sedang merangkul seberapa besar kekuatan kita dalam mengangkat denyut nadi rakyat berbilang kaum, termasuk kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam era yang sangat mencabar hari ini.

Tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini sangat besar, dan ia memerlukan kekuatan semua, dan dari pelbagai pihak.

Saya hargai kebersamaan ini serta semoga kita dapat bersama merencana strategi yang ampuh dan rapi dalam menyediakan bangsa dan negara untuk fasa pasca Covid-19 kelak.

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up