#KeluargaMalaysia Jadi #KeluarMalaysia Ismail Gagal Pimpin Kabinet

#KeluargaMalaysia Jadi #KeluarMalaysia Ismail Gagal Pimpin Kabinet

1. Saya menyambut baik pengumuman Air Selangor pada 4 Jan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 5 Jan yang menawarkan pengecualian bil air dan elektrik selama sebulan kepada mangsa banjir yang selaras dengan seruan saya pada 29 Dis 2021.

2. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua – dua syarikat berkaitan kerajaan(GLC) untuk mengambil tindakan dengan pantas.

3. Seruan saya juga merangkumi pembekal – pembekal perkhidmatan jalur lebar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan untuk mengecualikan atau memberi rebat bil jalur lebar selama 3 bulan dan fi cukai pintu selama 6 bulan bagi mangsa banjir untuk meringankan beban mereka.

4. Manakala, agensi penyedia perkhidmatan bekalan air di negeri – negeri yang terjejas yang mampu wajar mencontohi Air Selangor memberikan pengecualian atau rebat bil air kepada mangsa banjir.

5. Dengan bantuan – bantuan ini, semangat #Kitajagakita di kalangan komuniti telah memberi kesan yang positif dalam misi #daruratbanjir dan sedikit sebanyak mencuba dengan kemampuan sendiri untuk membantu mangsa banjir bangkit semula.

6. Sedangkan semangat #KeluargaMalaysia yang dilaungkan oleh kerajaan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri dengan berulang – ulang telah menjadi #KeluarMalaysia apabila ramai Menterinya melancong ke luar negara dan enggan pulang segera semasa negara ini ditimpa bencana banjir.

7. Rakyat boleh menerima hakikat bahawa bencana yang bukan dalam jangkaan kita boleh berlaku pada bila – bila masa. Sebaliknya, kita tidak boleh berkompromi dengan kerajaan yang masih degil, pekak dan bisu pada saat ini dan tidak menjalankan amanah mereka sebagai pelindung rakyat tetapi membiarkan rakyat terdedah kepada ancaman bencana banjir dengan pengurusan yang ala kadar sahaja.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *