Kempen Belilah Hasil Pertanian Malaysia

Kempen Belilah Hasil Pertanian Malaysia

 

 

 

 

 

 

IMG_20200402_142113_735

 

Kempen Belilah Hasil Pertanian Malaysia

 

Dalam keadaan petani, nelayan dan penternak semakin terhempit dengan masalah Perintah Kawalan Pergerakan, Pimpinan Parti KEADILAN dan Pakatan Harapan telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan membawa isu kepada pengetahuan MKN untuk menyelesaikan masalah sektor pertanian dan makanan.

 

Ada ramai wakil rakyat KEADILAN juga membawa hasil pertanian, hasil tangkapan ikan dan ternakan untuk diedarkan kepada golongan miskin.

 

Hari ini, Parti KEADILAN yang merupakan tunggak perjuangan keadilan sosial kepada golongan miskin, termasuk para peladang ingin melancarkan initiatif baru iaitu

 

Kempen Belilah Hasil Pertanian Malaysia

 

Kempen ini dilancarkan untuk membantu para Peladang (petani, nelayan dan Penternak) Malaysia dan meningkatkan pendapatan mereka.

 

Peladang di Malaysia menghadapi masalah rantaian pemasaran buat masa ini. Ini menyebabkan mereka menghadapi kerugian yang tinggi. Pada masa yang sama, mereka masih bersaing sengit dengan hasil pertanian yang diimport.

 

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang hasil pertanian Malaysia yang berkualiti dan menggalakkan pembelian terus dari ladang.

 

Kempen ini akan memaparkan petani-petani yang ingin menjual hasil pertanian mereka melalui infographic untuk disebar luas.

 

Pimpinan KEADILAN akan turut membantu dengan memaparkan infographic tersebut melalui laman sosial seperti WhatsApp, Facebook, IG, Twitter dan sebagainya.

 

Ini adalah salah satu cara pimpinan Parti Keadilan Rakyat bersolidariti kepada para petani, nelayan dan penternak.

 

Kami juga ingin menjemput para petani, nelayan dan penternak yang ingin menjual hasil pertanian mereka untuk berhubung dengan team Keadilan iaitu melalui Facebook rasmi KEADILAN:

https://www.facebook.com/KeadilanRakyat/

 

Berikut adalah posting pertama Kempen #BeliHasilPertanianMalaysia

 

https://www.facebook.com/181209151921795/posts/3670370583005617/?sfnsn=mo

 

Semoga dengan kempen ini, para peladang akan meningkatkan pendapatan mereka dan rakyat juga akan menikmati hasil pertanian yang segar dan bermutu.

 

Terima kasih

 

YB Sim Tze Tzin

Pengarah Strategi Pusat

Parti KEADILAN Rakyat


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *