Kenaikan Harga Minyak Masak Tidak Munasabah

Kenaikan Harga Minyak Masak Tidak Munasabah

Pada hari ini tatkala pandemic covid19 sedang melanda, kehidupan rakyat cukup terkesan. Kelompok yang paling terkesan ialah kelompok B40 dan M40. Hilang kerja dan terjejas punca pendapatan memberi kesan kepada kuasa beli kelompok ini. Ini kerana 40% daripada pendapatan bulanan mereka akan dibelanjakan untuk membeli keperluan makanan.

Oleh demikian ketika harga barangan meningkat, tekanan dialami kelompok ini lebih berat. Sebab itu kenaikan harga minyak masak umpamanya menjadi isu hangat.

Ini berlaku kerana harga minyak sawit mentah sekarang meningkat. Bahan utama pembuatan minyak masak ialah RBD Olein terhasil dari penapisan minyak sawit mentah. Maka harga RBD Olein itu sendiri akan meningkat. Ini menyumbang kepada kenaikan harga minyak masak di pasaran.

Malaysia adalah antara negara pengeksport minyak sawit mentah dunia yang terbesar. Kita mengeksport 27 juta tan minyak sawit. Hanya 1 juta tan minyak sawit mentah digunakan untuk kegunaan tempatan khususnya tujuan minyak masak. Daripada 1 juta tan ini minyak masak bersubsidi mewakili 0.7 juta tan, bakinya 0.3 juta tan ialah minyak masak tanpa subsidi.

Minyak masak bersubsidi mudah dikenali di pasaran iaitu bungkusan plastic 1kg dengan harga tetap RM2.50. Kerajaan membiayai kos subsidi sebesar RM400juta setahun. Minyak masak dalam botol 1kg atau 5kg atau selain bungkusan plastic 1kg adalah minyak masak tanpa subsidi. Minyak masak inilah yang menyaksikan peningkatan harga luar biasa sekarang yang menimbulkan gelisah dan kemarahan rakyat.

Saya kurang setuju dengan kenyataan Menteri Khairuddin Aiman Ghazali bahawa kenaikan harga minyak masak ini munasabah. Kenaikan lebih 100% berbanding harga Disember 2019 dahulu adalah tidak munsabah. Suatu tindakan segera oleh kerajaan harus dilakukan.

Saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil. Pertama kerajaan wajar memperkenalkan harga dua-peringkat (two tiered pricing) untuk harga minyak sawit mentah. Untuk tujuan eksport harga minyak sawit dijual mengikut harga pasaran. Untuk tujuan domestic membuat minyak masak kerajaan boleh memperkenalkan harga yang lebih rendah. Dengan cara ini harga minyak masak tempatan akan menjadi lebih murah berbanding sekarang. Bukan sahaja harga minyak masak tanpa subsidi murah bahkan subsidi yang ditanggung kerajaan akan berkurangan. Cadangan ini saya kira munasabah memandangkan hanya 1 juta tan minyak sawit mentah digunakan untuk tujuan ini, berbanding lebih 20 juta untuk tujuan eksport yang memberikan pendapatan lumayan kepada industry ini mencecah RM70 bilion.

Cadangan kedua saya kerajaan membiayai subsidi untuk semua bekalan minyak masak dalam negara. JIka ini tidak boleh dijadikan dasar tetap dek kekangan biaya, kerajaan boleh laksanakan sebagai “one off”. Langkah ini dengan serta merta akan menurunkan harga minyak masak pada tahap yang tidak membebankan rakyat selaku pengguna.

Cadangan ketiga saya ialah kerajaan boleh menggunapakai Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dengan memperkenalkan harga siling bertujuan menghalang kenaikan berterusan harga minyak masak di pasaran hari ini. Hal ini akan segera memberi kelegaan kepada rakyat.

Sekali lagi saya menggesa kerajaan untuk segera bertindak bagi membuat keputusan yang betul menangani kenaikan harga minyak masak yang sudah sampai pada tahap yang sangat membebankan rakyat.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *