Kenapa Nafikan Hak Anak-Anak 18 tahun Ke Atas Untuk Mengundi?

Kenapa Nafikan Hak Anak-Anak 18 tahun Ke Atas Untuk Mengundi?

Sungguh mengecewakan apabila Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) mengumumkan bahawa Pendaftaran Automatikmereka yang berumur lapan belas tahun ke atas untuk mengundi baru hendak dibangunkan, baru ada libat urus dengan pemegang taruh dan hanya dapat dilaksanakan pada September 2022 kelak. Kenapa ia mengambil masa sehingga hampir dua tahun perkara yang telah diluluskan di Parlimen pada Julai 2019 baru hendak dilakukan proses pembangunan sistemnya?

Adakah ini membayangkan ketidakcekapan SPR sebagai badan yang bertanggunjawab melaksanakan sistem Automatik ini ataukah ia perkara yang sengaja dilengahkan?

1.2 juta mereka yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun itu bukanlah satu angka yang kecil. Begitu juga 4.4 juta yang berusia 21 tahun keatas yang telah layak mengundi dengan sistem pendaftaran kendiri yang ada sekarang adalah suatu angka yang pastinya boleh menentukan keputusan Pilihanraya ke15 yang akan datang. Ini suatu penafian hak yang nyata !

Tidak timbul masalah mereka tidak matang dalam berfikir kerana dalam banyak suasana dan undang-undang membenarkan mereka untuk berkahwin di usia 18 tahun bagi lelaki dan anak-anak perempuan di usia 16 tahun, walaupun kita menentang keras perkawinan di bawah umur.

Lesen memandu juga dibenarkan di usia 18 tahun, bahkan lesen memandu motosikal boleh dimohon di usia 16 tahun. Lebih sadis lagi ada juga parti politik yang menerima pendaftaran keahlian mereka yang berusia 13 tahun, hanya selepas mereka menamatkan sekolah rendah, sedangkan usia itu adalah usia kita sepatutnya memberikan mereka pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang sewajarnya, bukan disogokkan dengan politik kepartian.

Saya menggesa SPR untuk mempergiatkan lagi usaha untuk membangunkan Sistem Pendaftaran Automatik ini supaya nama mereka-mereka yang berusia 18 tahun – 21 tahun ini boleh segera dimasukkan ke dalam Daftar Pengundi Induk dan dapat melaksanakan hak mereka sebagai pengundi di Pilihanraya Umum ke15 yang dijangka akan berlaku dalam masa yang terdekat, walaupun SPR memberi gambaran ia mungkin berlaku di tahun 2023, genap 5 tahun usia pentadbiran kerajaan bermula May 2018, walaupun mandat itu telah diperkosa oleh kerajaan Perikatan Nasional kini.

Dr.Zaliha Mustafa
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Pengerusi Biro Dasar, Strategi & Latihan, MPWP
Parti Keadilan Rakyat


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *