Kenyataan Bersama Ahli-ahli Parlimen KEADILAN

KENYATAAN MEDIA BERSAMA AHLI-AHLI PARLIMEN KEADILAN

 

28 Mei 2020

 

39 Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN telah mengadakan satu pertemuan secara atas talian hari ini.

 

Antara perkara yang dibincangkan termasuk melipatgandakan usaha penelitian dan penggubalan dasar-dasar yang mengutamakan nasib rakyat, serta keperluan untuk mengemaskini gerak langkah memperkukuh agenda Reformasi di dalam dan luar Parlimen. Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN diingatkan agar menitikberatkan kebajikan warga terutama yang terkesan akibat Covid-19 termasuk yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan, di mana usaha menyeluruh diperlukan.

 

Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN juga menekankan keperluan bermuhasabah dan meneliti usaha selama ini untuk menepati janji-janji yang dibuat serta mengelak dari mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah berlaku.

 

Kami juga berpendirian bahawa Pakatan Harapan perlu terus diperkukuh kerana mandat rakyat telah diberi kepada Pakatan Harapan dengan jelas pada PRU14 yang lalu.

 

Pada masa yang sama, kami turut mengambil maklum bahawa proses rundingan dan perbincangan dengan semua pihak masih berterusan, demi mengembalikan mandat rakyat ke tempat yang sepatutnya pada kadar segera.

 

Ini bukan pertarungan di kalangan elit politik untuk merebut kuasa, tetapi sebaliknya adalah usaha membawa agenda Reformasi sebenar yang mengutamakan kepedulian rakyat.

 

Sebarang peralihan kuasa perlu berlaku sepertimana yang dijanjikan, berjalan dengan tertib dan aman, serta mengikut lunas undang-undang.

 

YB Dato’ Johari Abdul

Ahli Parlimen Sungai Petani

Ketua Whip KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *