Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Cuai Dan Tidak Bertanggungjawab

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Cuai Dan Tidak Bertanggungjawab

Merujuk kepada laporan media yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani yang menyifatkan ugutan rogol terhadap seorang pelajar sebagai “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya” adalah kenyatan yang cuai dan tidak bertanggungjawab.

Saya menyifatkan kenyataan beliau tersebut adalah bersifat pra-matang dan sangat meresahkan kerana kes tersebut masih di peringkat siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pelajar tersebut.

Saya juga mempersoalkan kredibiliti Timbalan Ketua Polis Negara tersebut kerana kenyataan beliau seolah-olah memperlekehkan aduan pemandiri yang menerima ugutan rogol dan membuat aduan untuk mendapatkan perlindungan undang-undang. Saya ingin mengingatkan Timbalan Ketua Polis Negara bahawa dakwaan yang dibuat oleh pemandiri adalah aduan daripada seorang kanak-kanak yang mendakwa telah mendapat ugutan rogol adalah dakwaan yang serius.

Saya menyelar sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara tersebut dengan menegaskan bahawa ugutan rogol bukan sejenis gurauan. Ia adalah dakwaan jenayah yang boleh disiasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kenyataan begini mempamerkan kegagalan pihak autoriti dalam membela hak serta memberikan perlindungan kepada pemandiri gangguan seksual. Malah menyikapi aduan pemandiri sebagai “hanyalah gurauan rakan sedarjah” menunjukkan bahawa Timbalan Ketua Polis negara seolah-olah mendokong “rape culture” yang wujud dalam sosio-masyarakat yang permisif dengan budaya lucah.

Akhirnya, Saya menggesa Timbalan ketua Polis Negara menarik balik kenyataan beliau dan kembali memberikan jaminan kepada rakyat bahawa semua kes dakwaan /aduan gangguan seksual akan disiasat dengan adil, telus dan penuh tanggungjawab.

FADHLINA SIDDIQ
PENGERUSI BIRO GUAMAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
WANITA KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *