Carian
September 14, 2021

Kerajaan “Keluarga Malaysia” Gagal Pertahankan Keputusan Mahkamah Yang Melindungi Keluarga

1.Saya merujuk kepada laporan media yang melaporkan Kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan penting terkait dengan kedudukan kerakyatan/ kewarganegaraan kanak-kanak yang lahir daripada perkahwinan wanita Malaysia dengan lelaki bukan warganegara.

2.Keputusan Kerajaan Malaysia yang telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut amat dikesali tanpa menafikan hak rayuan adalah sebahagian daripada proses keadilan.

3.Saya menegaskan dengan pemfailan rayuan tersebut, Kerajaan Malaysia jelas gagal menghayati aspirasi “Keluarga Malaysia” yang telah diwar-warkan sebelum ini apabila kerajaan sendiri tidak mempertahankan keputusan Mahkamah Tnggi tersebut.

4.Kerajaan mempunyai peluang yang cukup baik dalam tempoh 100 hari untuk membuktikan komitmen besar terhadap penghapusan diskriminasi gender, jaminan perlindungan kanak-kanak dan hak wanita di sisi undang-undang tetapi telah disia-siakan dengan proses rayuan yang dikemukakan.

5.Aspirasi “Keluarga Malaysia” hanyalah retorik semata-mata apabila Kerajaan Malaysia terus gagal memaknai implikasi keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dan kesannya kepada polisi negara malah kesan yang paling mendasar adalah penegakan hukum yang mempertahankan hak asasi dan penghapusan diskriminasi gender terhadap wanita dan kanak-kanak.

YB Senator Fadhlina Sidek
Ahli Dewan Negara
Pengerusi Biro Guaman & Pembangunan Komuniti
Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up