Kerajaan Perlu Bertanggungjawab Terhadap Tragedi Pusat Jagaan Warga Emas di Seremban

Kerajaan Perlu Bertanggungjawab Terhadap Tragedi Pusat Jagaan Warga Emas di Seremban

1. Negara semalam dikejutkan dengan laporan China Press bertarikh 14 Jun 2021 tentang tragedi 37 orang penjaga dan penghuni warga emas di sebuah pusat jagaan warga emas di Seremban yang tidak berlesen yang didapati positif Covid-19 positif dengan dua daripada 23 orang penghuni warga emas mati akibat Covid-19.

2. Tragedi ini ini tidak seharusnya berlaku selepas setahun kita berperang dengan wabak Covid-19. Kerajaan gagal menepati janjinya untuk mengutamakan golongan penghuni warga emas di pusat jagaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 yang berlangsung antara bulan April hingga Ogos.

3. Gesaan Wanita KEADILAN selama ini adalah agar pelalian golongan warga emas perlu diutamakan, tanpa mengira sama ada mereka yang berada di pusat jagaan warga emas yang berlesen atau tidak pada bulan pertama atau paling lewat bulan kedua setelah PICK Fasa 2 dilaksanakan menerima suntikan vaksin mereka.

4. Walaupun Menteri Penyelaras PICK, YB Khairy Jamaluddin pernah memberi jaminan bahawa tiada tindakan dikenakan terhadap pusat jagaan warga emas yang tidak berlesen yang tampil mendaftar untuk menerima suntikan vaksin melalui laporan media pada 18 Mei, perkembangan pemvaksinan di kalangan pusat jagaan dilihat masih lambat dan kurang berkesan.

5. Tragedi yang berlaku di pusat jagaan warga emas di Seremban semalam membukitkan bahawa strategi semasa yang dilakukan oleh kerajaan tidak berkesan. Adakah perlindungan terhadap penghuni warga emas daripada jangkitan Covid-19 di pusat-pusat jagaan tertentu tidak diutamakan hanya kerana ia tidak berdaftar dengan kerajaan?

6. Oleh yang demikian, saya menggesa kerajaan agar melaksanakan langkah pembetulan dengan segera bagi memastikan tragedi yang menimpa pusat jagaan warga emas di Seremban ini tidak berulang lagi.

7. Kerajaan boleh mewujudkan sebuah task force dengan libat urus semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang dari semua peringkat bagi mengenalpasti pusat jagaan warga emas yang tidak berlesen di kawasan masing – masing. Kerajaan perlu menggesa pemilik-pemilik pusat jagaan ini untuk tampil ke depan bagi mendaftarkan penghuni mereka bagi menerima vaksin, dan memastikan kelangsungan PICK untuk golongan rentan ini.

8. Kita semua memikul tanggungjawab untuk memastikan penghuni pusat jagaan warga emas ini dilindungi dengan vaksin dalam masa yang segera. Saya percaya bahawa semua wakil rakyat mampu bersama melaksanakan amanah ini demi menghargai golongan warga emas yang telah banyak berjasa kepada negara.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *