Kerajaan Pusat Abai Kepentingan Persediaan Menuju Negara Tua, Gagal Memaknai Sambutan Hari Warga Emas

Kerajaan Pusat Abai Kepentingan Persediaan Menuju Negara Tua, Gagal Memaknai Sambutan Hari Warga Emas

1. Apalah makna sambutan Hari Warga Emas Sedunia pada tahun ini sekiranya kerajaan masih tidak mengambil berat isu penuaan dan tiada tindakan untuk menjamin menua dengan bermaruah sebagai hak mutlak setiap rakyat dari segi undang – undang, dasar dan pelan tindakan?

2. Lebih membimbangkan lagi, kerajaan belum mewujudkan garis masa untuk penggubalan Rang Undang – Undang (RUU) warga emas dan RUU Profesion Pekerja Sosial di parlimen. Berdasarkan Pelan Strategik KPWKM 2021 – 2025, RUU warga emas sepatutnya digubal pada tahun 2022.

3. Dengan merujuk kepada aturan urusan mesyuarat bagi sidang dewan rakyat yang bakal bersidang pada 3hb Oktober nanti, RUU Profesion Pekerja Sosial tiada dalam Undang – undang kerajaan untuk bacaan kali yang pertama seperti mana dijanjikan oleh Menteri KPWKM melalui laporan media bertarikh 13 Mei 2022. Bukan itu sahaja, RUU warga emas juga sama sekali tiada dalam aturan urusan mesyuarat bersidang kali ini.

4. Tinggal 8 tahun sahaja bagi negara ini mendepani negara tua di mana 15% populasi adalah berumur 60 tahun ke atas pada 2030. Tapi pakar perubatan geriatik dalam negara tidak melebihi 40 orang berdasarkan perkongsian pakar geriatik dari Hospital Kuala Lumpur.

5. Apakah halatuju negara ke hadapan? Kegagalan kerajaan mengambil tindakan berdasarkan garis masa Pelan Strategik KPWKM 2021 – 2025 adalah tidak boleh dimaafkan kerana pengabaian tersebut telah menonjolkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Menteri Perikatan Nasional (PN) tidak mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia.

6. Oleh itu, saya mendesak kerajaan supaya mengkaji halatuju ke hadapan mengenai dasar penuaan negara, sama ada menuju ke arah mendorong rakyat menua di rumah dan mudah mengakses kepada sistem sokongan penjagaan kesihatan dan kebajikan yang holistik dan berkemampuan di komuniti, atau mewujudkan lebih banyak pusat jagaan warga emas untuk menampung keperluan yang semakin meningkat.

7. Saya juga menggesa agar kerajaan memaknai sambutan Hari Warga Emas dengan mengambil tindakan dengan kadar segera dan bukan sekadar berpolitik untuk memastikan Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan pada tahun ini tanpa mengambil kira kemungkinan besar berlakunya banjir kilat.

8. Barisan Nasional sentiasa berharap kepada sokongan dari peti undi saluran 1(kebanyakkannya warga emas), padahal paling gagal melindungi keperluan asas golongan warga emas.

Loh Ker Chean

Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *