Kes Kematian Covid Di Luar Hospital (BID) Sangat Tinggi Dan Membimbangkan

Kes Kematian Covid Di Luar Hospital (BID) Sangat Tinggi Dan Membimbangkan

Semalam negara telah merekodkan seramai 592 angka kematian dari wabak Covid-19 lantas meletakkan kedudukan negara di tangga keempat tertinggi kadar kematian di dunia dari wabak. Meski angka yang tinggi adalah dari kes-kes yang tertunggak (data backlog), ia tetap tidak boleh menafikan fakta bahawa angka-angka kematian ini terutamanya yang mati di luar hospital (BID) sangat tinggi dan membimbangkan.

Negara telah menyaksikan lebih 20,000 kematian dari wabak. Ini mungkin dianggap remeh dan tidak termasuk berapa banyak pesakit bukan Covid yang kesihatannya terus terjejas dek kerana kelewatan menerima pemeriksaan dan rawatan.

Setiap angka kematian itu bukan sekadar statistik tetapi adalah mereka yang punyai orang yang tersayang; dari seorang nenek hinggalah kepada seorang anak kecil yang kini menjadi anak yatim atau anak yatim piatu.

Negara terus dirundung dengan dampak wabak yang buruk, termasuk keyakinan pengguna domestik untuk berbelanja meski SOP untuk sektor ekonomi kini telah banyak dilonggarkan. Para pelabur luar juga masih tidak melihat Malaysia sebagai destinasi penting pelaburan.

Kementerian Kesihatan harus segera menjalankan libaturus dengan pakar-pakar di sektor awam mahupun sektor swasta sebagai usaha dan upaya kita untuk mengelakkan lebih banyak kematian. Kita perlukan tahap ketelusan yang lebih lagi bagi memastikan punca-punca kematian. Sebagai contoh, apakah terdapat kelewatan untuk para pesakit menerima rawatan.

Saya ulang tentang keperluan untuk menyuntik sebanyak RM45 bilion lagi pakej rangsangan fiskal bagi melawan kesan wabak. Ini tidak hanya akan menopang golongan yang terkesan secara ekonomi, tetapi juga akan membantu memperbanyak pembangunan dan pembinaan pusat-pusat kesihatan.

ANWAR IBRAHIM


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *