Kes Kematian Ganapathy Harus Disiasat Penuh Telus

Kes Kematian Ganapathy Harus Disiasat Penuh Telus

Sedangkan isu kartel polis masih dalam kehangatan, kini masyarakt dikejutkan lagi dengan insiden kematian mendiang A. Ganapathy ketika dalam tahanan polis.

Menurut peguam keluarga mendiang, hasil laporan bedah siasat A.Ganapathy mendapati dia meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kaki dan bahu pada ketika dalam tahanan polis.

Naib pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing menggesa pihak PDRM khususnya Bakal Ketua Polis Negara yang juga Timbalan Ketua Polis Negara, Acyl Sani Abdullah Sani harus menyiasat kes ini dengan penuh telus dan terbuka.

Beliau mengulas, kita bakal menerima Ketua Polis Negara yang baru pada minggu depan. Beliau seharusnya menangani masalah kekhuatiran masyarakat terhadap integriti dan profesionalise PDRM dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.

Tan berkata, mengikut laporan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), seramai 104 kes kematian dalam tahanan polis pada tahun 2011-2018, di mana 56 kes berkaitan masalah perubatan, 8 kes bunuh diri, 2 kemalangan, 4 kekerasan dan 34 tidak diketahui puncanya. Angka ini membimbangkan tetapi punca kematian kes-kes yang berlaku ini penuh dengan pertikaian masyarakat terutamanya pihak keluarga mangsa.

Selain daripada itu, melihat kepada jawapan Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri pada ketika itu menjelaskan SOP baru akan diperkenalkan dalam lokap polis. Tahanan diminta untuk isi borang tahap kesihatan dengan sendiri, dan jika didapati menghadapi masalah kesihatan mereka harus diasingkan daripada lokap tahanan biasa.

“Daripada jumlah 730 lokap polis, 414 lokap polis telah memasangkan CCTV bagi memantau keadaan dalam ruang lokap, namun selebihnya masih tidak mempunyai kemudahan tersebut. Menteri harus memastikan perkara ini diatasi sepenuhnya bagi mencegah sebarang salahlaku timbul dalam lokap polis.”

Tan menyatakan kebimbangan jika insiden kes kematian A. Ganapathy seumpama kematian George Floyd yang melibatan isu kekerasan pihak polis. Ianya seharusnya ditangani dengan penuh cermat.

Lebih lanjut, beliau berkata, mendiang telah direman selama 13 hari dan dihantarkan ke Hospital Selayang pada penghujung tarikh reman dan didapati mengalami kecederaan fizikal yang serius dan kritikal. Jelas, segalanya berlaku dalam tempoh tahanan dan lokap polis.

Beliau juga ADUN Simpang Pulai Perak mengecam sekeras-kerasnya atas insiden kematian dalam tahanan polis tersebut, beliau berkata, Jabatan Peguam Negera seharusnya memulakan siasatan terhadap punca kematian mendiang A. Ganapathy dan mengheretkan pesalah ke mahkamah.


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *