Carian
April 26, 2021

Kini Adik Ain Mendapat Ugutan Rogol- Pihak Berwajib Harus Segera Bertindak

Sosial media menjadi tempat luahan dan perkembangan kes adik Ain yang mendedahkan perlakuan atau ungkapan guru yang lucah, merbahaya dan semestinya ditangani pihak berwajib dengan segera.

Saya menghargai keberanian adik Ain atas pendedahan ini, tetapi saya juga bimbang dan kebimbangan saya ternyata berasas apabila beliau kini dilaporkan menerima ugutan rogol daripada rakan lelaki sekelasnya pula.

Maka isu ini memang serius dan didesak supaya tindakan segera menyusuli.

Tambahan pula beliau masih dalam usia muda dan harus mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696).

Peristiwa ini hanya menekankan bahawa Parlimen perlu segera dibuka supaya Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual dapat segera dibentang dan digubal menjadi Akta buat rujukan bagi kes-kes sebegini di masa akan datang.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Pandan

Related Posts
crossmenuchevron-up