KJ harus Tampil Ambil Suntikan Bukti Keselamatan Vaksin

KJ harus Tampil Ambil Suntikan Bukti Keselamatan Vaksin

Laporan media mengenai Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pagi tadi memaklumkan bahawa Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin akan menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin.

Saya menyambut baik dan mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menjadi tauladan dengan memberi keyakinan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya mendaftar dan memanfaatkan suntikan vaksin Covid-19.

Walaubagaimanapun, saya berpandangan bahawa rakyat akan lebih berkeyakinan dengan keselamatan suntikan vaksin Covid-19 sekiranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin turut mecalonkan diri menerima vaksin tersebut selepas PM kerana Khairy merupakan antara Menteri yang mengetuai seluruh proses pembelian vaksin dan pelaksanaan berkaitan vaksin Covid-19 di negara ini.

Dalam hal ini, saya juga menyeru kesemua anggota kabinet dan timbalan menteri untuk tampil secara sukarela menerima suntikan vaksin Covid -19 selepas PM dan Khairy Jamaluddin supaya mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat ke atas keputusan kerajaan dengan pembelian vaksin dan penghantaran perkhidmatan suntikan vaksin tersebut.

Selain itu, saya juga mencadangkan kerajaan mewujudkan jalinan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan ketua-ketua kampung supaya perhatian dan tumpuan dapat diberikan kepada orang asli dan penduduk luar bandar semasa pelaksanaan kempen kesedaran “Lindungi Diri, Lindungi Semua” kerana golongan tersebut mempunyai akses yang sangat terhad kepada maklumat digital.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN
Parti KEADILAN Rakyat


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *