Kongres KEADILAN Lulus Usul Penagguhan Pemilihan Parti

Kongres KEADILAN Lulus Usul Penagguhan Pemilihan Parti

1. Kongres tahunan keadilan hari ini bersetuju melulus usul penangguhan pemilihan parti dan tempoh memegang jawatan mpp dan jk cabang 2018-2021 berdasarkan rasional berikut;

a) Pemilihan parti lazimnya berlangsung hampir 6 bulan membabitkan peringkat cabang, amk, wanita dan mpp. Ketika tempoh darurat dan pkp3.0 yg masih berjalan meneruskan pemilihan dalam tempoh yg panjang terdedah kpd risiko covid19

b) Pemilihan parti ialah sistem satu anggota satu undi yg berjalan secara himpunan fizikal. Keadilan sekarang mempunyai keanggotaan sebesar 1,033,000 yang jika 30% sekalipun yg keluar mengundi akan terdedah risiko covid19 yg amat membahayakan.

c) pelaksanaan vaksinasi yang amat rendah di seluruh negara juga tidak memungkinkan KEADILAN mengambil risiko menjalankan pemilihan parti.

2. Penangguhan ini dibolehkan mengikut fasal 47.3 perlembagaan parti namun tidak boleh melepasi tempoh 18 bulan dari tempoh tamat pemilihan lepas dan pegangan jawatan. Suatu tarikh pemilihan akan ditetapkan oleh mpp kemudian nanti.

3. Dengan mengambil kira semua faktor di atas, mpp KEADILAN terus komited memberi keutamaan kepada usaha mengatasi pandemik covid19, membela rakyat yang teruk terkesan, pemulihan ekonomi negara dan pelaksanaan program vaksinasi yang lebih berkesan dan menyeluruh.

Saifuddin Nasution Ismail
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *