Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Perikatan Nasional Mesti Diurus Mengikut Kehendak Perlembagaan, Bukan Darurat

Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Perikatan Nasional Mesti Diurus Mengikut Kehendak Perlembagaan, Bukan Darurat

KENYATAAN MEDIA

KRISIS KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PERIKATAN NASIONAL MESTI DIURUS MENGIKUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN, BUKAN DARURAT

Kenyataan Dato’ Seri Azmin Ali mengenai apa yang diistilahkan beliau sebagai “Darurat Ekonomi” adalah tindakan mendahului Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada hari ini.

Walau apa sekalipun istilah dan nama yang cuba dipakaikan Perikatan Nasional terhadap cadangan mereka, hakikatnya tidak wujud keadaan darurat.

Sebaliknya negara diancam ketidakcekapan PN di dalam mentadbir negara, khususnya untuk memenangi perjuangan mengatasi ancaman wabak Covid-19. Bagaimana mungkin rakyat boleh mengikuti gesaan Azmin Ali untuk bersatu di belakang kerajaan yang lemah begini?

Kerajaan PN sudah tidak ada keabsahan. Rakyat dan majoriti wakil mereka di Parlimen tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keseluruhan Jemaah Menteri.

Krisis keyakinan ini mesti diuruskan mengikut jalur Perlembagaan dan undang-undang. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah jelas:

Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 43(4)

Oleh kerana mengadakan pilihanraya bukan satu pilihan ketika wabak Covid-19 sedang melanda, Tan Sri Muhyiddin mesti meletakkan jawatan. Cadangan Proklamasi Darurat atau pembubaran Parlimen adalah langkah tidak bertanggungjawab. Cubaan mengisytiharkan Darurat oleh kerajaan yang tidak mendapat sokongan rakyat adalah langkah diktator untuk terus mencengkam kuasa.

PN tidak seharusnya mengheret Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ke dalam kancah krisis keyakinan rakyat terhadap mereka. Jangan terus cuba berpaut kepada kuasa, sebaliknya ambil tindakan yang bermaruah dan letak jawatan.

Penukaran Perdana Menteri dan kerajaan semasa wabak Covid-19 sedang melanda bukan sesuatu yang mustahil dilakukan. Ini ditunjukkan oleh Azmin Ali dengan Langkah Sheraton beliau yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperolehi keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia. Tindakan beliau menyembahkan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong adalah kerana itu kehendak undang-undang dan rasa tanggungjawab beliau terhadap negara dan rakyat Malaysia. Kini masanya untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengembalikan mandat rakyat dan membentuk sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat.

DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
25 Oktober 2020


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *