Krisis Perak: Masa Depan Rakyat Diutamakan

Krisis Perak: Masa Depan Rakyat Diutamakan

“MASA DEPAN RAKYAT DIUTAMAKAN”

Kesediaan KEADILAN Perak untuk bekerjasama dengan semua pihak hanya akan menyegerakan penubuhan sebuah kerajaan negeri yang dapat memupuk semangat perpaduan.

Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, adalah bagi semua pemimpin politik agar mencari formula terbaik. Seandainya kita semua bekerjasama maka wujudlah satu lanskap politik yang baharu dan berteraskan perpaduan, sejajar dengan titah Tuanku.

Semua parti politik perlu lebih matang dan mengambil sikap yang terbuka. Negara kita memerlukan pemahaman lanskap politik baharu yang dapat menyatukan semua kaum dalam menempuhi cabaran dunia pasca Covid-19 secara muafakat.

KEADILAN Perak menjemput semua ahli politik agar mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat. Sebarang usaha perdamaian amat penting pada masa ini agar kepentingan rakyat tidak terabai.

Janganlah kita mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin hanya kerana tidak bersefahaman. Apa yang jelas adalah kita bersedia memberikan sokongan kepada kerajaan yang mengutamakan semangat kesepakatan.

Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *