Logo KEADILAN Formula Kemenangan

Logo KEADILAN Formula Kemenangan

Kami mewakili seluruh 40873 anggota KEADILAN di seluruh 12 Cabang Di Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera KEADILAN digunakan pada PRU15 yang akan datang. Ketetapan serta pendirian ini diambil atas prinsip serta formula yang boleh membawa kepada kemenangan berdasarkan faktor-faktor berikut:

1.Logo KEADILAN merupakan satu jenama yang telah dikenali di seluruh Malaysia setelah lebih 20 tahun di mata dan hati rakyat.

2.Penjenamaan perjuangan bercogankan “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama, gender telah dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.

3.Ini telah terbukti dengan majoriti rakyat menzahirkan sokongan dan memberi mandat pada PRU 14 yang lalu dan menjangkakan agenda reformasi diteruskan.

4.Lambang ini menjadi simbol kepada perjuangan suci membela rakyat marhaen menentang sistem yang korup dan zalim, bukannya perjuangan golongan elit.

Justeru, seperti yang telah diungkap oleh wakil dari Wilayah Persekutuan di Kongres KEADILAN Nasional yang lepas. Kami, seluruh kepemimpinan negeri Wilayah Persekutuan termasuk semua Ketua Cabang dan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan dan menggesa penggunaan logo KEADILAN adalah satu langkah yang amat tepat dan paling sesuai sebagai satu formula yang akan membawa kemenangan pada PRU15 nanti.

Zahir Hassan – Pengerusi MPN WP/ Ketua Cabang Titiwangsa
Onn Abu Bakar – Timbalan Pengerusi MPN WP/Ketua Cabang Putrajaya
Dr. Abdul Basir V. Kunhi Mohamed – Naib Pengerusi MPN WP/ Ketua Cabang Segambut
Lai Chen Heng @ Andre – Naib Pengerusi MPN WP / Ketua Cabang Wangsa Maju
Othman Karim- Naib Pengerusi MPN WP
YB P. Prabakaran – Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan/ Ahli Parlimen Batu
Rohaidah Mamat – Ketua Wanita Wilayah Persekutuan
Muhammad Arshad Hassni – Setiausaha MPN WP
Muhammad Fikri Khalid -Bendahari MPN WP
Mundzir Zahir – Ketua Penerangan MPN WP
Mohammad Saiful Mansor – Setiausaha Pengelola MPN WP
Rohani Hussin- Timbalan Ketua Wanita Wilayah
Muhamad Mustafa Bin Ghazanfar – Pengarah Komunikasi MPN WP
YB Nik Nazmi Nik Ahmad – Ketua Cabang Setiawangsa / Ahli Parlimen Setiawangsa
YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew – Ahli Parlimen Wangsa Maju
Azman Abidin – Ketua Cabang Bandar Tun Razak
Syed’ Amru Syed Abdullah – Ketua Cabang Cheras
Jayakumar A/L Muniandy – Ketua Cabang Kepong
Logeiswaran Muthusamy – Ketua Cabang Bukit Bintang
Mahendran Sankaran – Ketua Cabang Seputeh
Che Zam Hamzah – Ahli MPN WP
Angus Ng Chee Sen – Ahli MPN WP
Mohd. Khairuddin Asmuin – Ahli MPN WP/ Ketua Biro Kebajikan
Azizah Ma’an – Ahli MPN WP
Hamsina Hamzah – Ahli MPN WP
Abdullah Izhar Mohamed Yusof – Tim. Ketua Cabang Lembah Pantai


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *